Seni & Sukan 01 Dec, 2025

Kita lari dulu! Larian Lestari KitaRecycle dan program kitar semula! Anjuran SWM Environment, UTeM!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Program Larian Lestari KitaRecycle, anjuran bersama SWM Environment  dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung di Stadium UTeM,  Kampus Induk Durian Tunggal, pada 29 November 2025 berjaya menerima hampir 1,000 penyertaan daripada warga  institusi pengajian tinggi (IPT) dan kakitangan UTeM. 


Antara para peserta yang menyertai Larian Lestari KitaRecycle di sekitar Kampus Induk UTeM Durian Tunggal. 


Pelepasan acara larian sejauh kira-kira lima kilometer di sekitar kampus tersebut disempurnakan olehTun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang  di-Pertua Negeri Melaka. 

Program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan  kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan peserta. 

Menurut Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM  Environment, penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama antara SWM  Environment dan UTeM menerusi Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi). 

Program ini diadakan semasa Karnival Hari Keluarga UTeM bersempena dengan sambutan Jubli Perak UTeM ke-25. 


Pengurus Besar Operasi SWM Environment, R Mahendran ketika mengalungkan pingat kepada pelari lelaki sejurus tiba di garisan penamat Larian Lestari KitaRecycle.


“Penganjuran program Larian Lestari KitaRecycle ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama yang terjalin hasil pemeteraian Surat Niat (LoI) antara kedua-dua belah pihak pada  Februari 2023,” kata beliau. 

“Program ini merupakan juga simbolik kepada hubungan erat di antara syarikat konsesi  pembersihan dengan institusi pengajian tinggi menerusi penganjuran program rekreasi yang  berteraskan kelestarian alam sekitar. 

"Walaupun kedua-dua pihak datang daripada sektor yang berbeza namun mereka berkongsi misi yang sama iaitu mempromosikan kelestarian  alam sekitar,” jelas Mohd Norlisamn.

“Turut diadakan ialah Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Antara Fakulti di bawah program kitar semula berganjaran KitaRecycle, sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan amalan kitar semula dan mempromosi kelestarian alam sekitar dalam  kalangan warga universiti ini,” tambah beliau. 


Seorang kakitangan SWM Enviroment ketika memberikan penerangan kepada Dr. Mohd Ali Mohd Rustam sambil disaksikan oleh Ts. Dr. Massila Kamalrudin (kiri) di reruai SWM Environment pada Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Jubli Perak UTeM 25 Tahun.


Beliau turut menyatakan bahawa SWM Environment amat berbesar hati dengan penglibatan beberapa rakan strategik yang menyumbang produk untuk peserta larian dan menjayakan program ini. 

Program turut dihadiri Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM. - KitaReporters/Kenyataan Media

Para pemenang Larian Lestari KitaRecycle bersama wakil SWM Environment dan UTeM pada upacara penyampaian hadiah perkarangan Stadium UTeM, Kampus Induk UTeM Durian Tunggal. 

7
13
0
16
0
You will be interested