Seni & Sukan 21 Jan, 2026

Sukan berbasikal lasak! Bukit Panorama jadi tumpuan baharu! Jadi litar downhill kedua di Terengganu!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Bukit Panorama yang hanya berketinggian 85 meter dari aras laut dan tidak terletak jauh dari pusat bandar raya Kuala Terengganu di samping mempunyai infrastruktur asas dan jalan raya berturap sehingga ke puncak bukit kini menjadi tumpuan baharu buat komuniti sukan berbasikal lasak untuk beraksi.



Faktor itu menjadi penanda aras penting buat Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) untuk merapatkan jurang penggiat sukan ini yang sering ketandusan pilihan litar-litar lumba 'downhill' (turun bukit) untuk beraksi. 

Malah sekali gus menjadi pusat latihan kedua dalam negeri ini bagi program-program pembangunan dari peringkat akar umbi setempat yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Dungun.

“Walaupun bukit ini tidak tinggi namun cabarannya terletak pada reka bentuk litar di mana mempertaruh cabaran taktikal buat setiap pelumba mengendalikan basikal masing-masing untuk melepasi halangan. 

"Litar ini direka sepenuhnya untuk perlumbaan mahupun program pembangunan sukan secara kompetitif,” ujar Naib Presiden PLBT, M Rezal Abu Bakar sewaktu perlumbaan Terengganu Fundoro Series 2026 di Kuala Terengganu pada 18 Januari 2026.


M Rezal Abu Bakar



Mengulas lanjut, pihak badan induk berbasikal negeri ini juga dalam perancangan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu litar downhill (turun bukit) untuk setiap daerah dalam negeri Terengganu sebagai usaha untuk merapatkan jurang pada peringkat akar umbi yang selama ini melihat faktor jarak ke lokasi litar yang menjadi kekangan untuk mereka menceburi sukan ini.

Sehingga kini, hanya dua litar sukan berbasikal lasak yang terdapat di negeri ini di mana sebuah litar lagi terletak di Bukit Chatak, Dungun yang turut berstatus Class 2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) setelah menjadi tuan rumah perlumbaan antarabangsa Cross-Country Olympic (Olimpik Rentas Desa atau XCO) pada tahun tiga tahun lalu (2023). - KitaReporters/Kenyataan Media



5
17
0
13
0
You will be interested