Seni & Sukan 29 Sep, 2021

Video| Zizi Kirana syukur 'diketemukan' dengan bapa! Kongsi detik perkahwinan tempoh pandemik!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SEMUA pun sudah maklum, penyanyi kelahiran Sabah, Zizi Kirana, 36, yang seksi satu ketika dahulu telah berhijab sepenuhnya. Malah lebih mengejutkan lagi apabila pelantun lagu ‘Eh’ ini tiba-tiba ‘eh! dah nak kahwin’ dengan pelakon yang lebih kurang 7 tahun muda daripadanya, Yusof Bahrin.

Siapa sangka perkenalan yang sangkat singkat iaitu dua bulan berakhir ke jinjang pelamin. Itulah namanya jodoh. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zizi Kirana


Kredit foto: IG Zizi Kirana


Tidak boleh dinafikan rezeki, jodoh, ajal dan maut telah ditetapkan Allah SWT di Luh Mahfuz malah setiap sesuatu yang ditakdirkan untuk kita sebagai hamba menjadi rahsia-Nya kerana tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal berlaku dalam perjalanan hidup masing-masing. 

"Proses dan persiapan pernikahan kami sangat mudah serta cepat. Menjelang hari pernikahan, saya lebih tenang dan santai berbanding orang sekeliling termasuk keluarga, kawan serta pengurus," dedah Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahir pada sesi IG Live Nurflix TV menerusi siaran yang berlangsung pada 26 September 2021 lalu yang mengetengahkan topik ‘Rahsia Dia: Jodoh & Ketentuan Allah SWT.’

Menampilkan pelakon Diana Amir sebagai moderator,  selain Zizi, barisan panel terdiri daripada pelakon, Faralyna Idris bersama Ustazah Asni Mansor.



Dalam sesi perbincangan yang mengupas persoalan mengenai takdir kehidupan dan jodoh itu seterusnya menyaksikan Zizi berkongsi pengalamannya mendirikan rumah tangga pada musim pandemik.

Katanya, tempoh itu tidak menyukarkannya kerana proses pernikahan berlangsung sangat mudah dan cepat mengikut SOP ditetapkan oleh Kerajaan.

Menurut Zizi, Ustazah Asni (gambar bawah) merupakan antara individu yang terawal mengetahui tentang hubungannya dengan Yusuf. 

“Saya banyak berkongsi cerita bersama dia, bertanya pendapat antaranya mengenai persiapan sebelum mendirikan rumah tangga dan ada kala perbualan kami berlarutan sehingga jam 4 pagi.

"Ustazah tidak mengenali Yusuf. Apabila saya menyatakan niat kami, antara soalan yang diajukannya ialah “Siapa dia? Nak tengok gambar”. Saya memberi dia akaun Instagram Yusuf, selain meminta ustazah untuk bersama-sama melakukan solat istikharah," sambung Zizi.



Beliau memberitahu, dari awal perkenalannya dengan Yusof, dia tidak pernah mempertikai sama ada Yusuf mampu membimbing dirinya atau sebaliknya.

Namun yang lebih menggembirakan, kata Zizi,  pernikahan yang dirancang menemukannya dengan kenangan paling manis apabila dapat kembali menghubungi bapanya, Mad Tahil, yang kali terakhir ditemui ketika berusia 3 tahun.

"Ibu dan bapa bercerai dan kami tidak berjumpa lagi sejak usia saya 3 tahun. Dalam usaha mencari wali, termasuk untuk mengiklan mengenainya dalam akhbar, Allah SWT mempermudahkan urusan saya.

"Saya melakukan carian dalam Instagram dan terjumpa nama adik-beradik yang sebapa. Apabila dimaklumkan kepada emak, dia terlebih dahulu menghubungi bapa untuk menyatakan hasrat kami. Hanya selepas itu, baru saya bercakap dengan bapa,” tambah Zizi.

Walaupun hanya dapat berhubung melalui panggilan telefon,  Zizi bersyukur bapanya memberikan kerjasama yang sangat baik di mana segala dokumen penting untuk pernikahan dihantar melalui kaedah kurier.

Bagi Zizi, dalam setiap kesulitan pasti ada jalan keluar dan dia menyerah dan bergantung seluruh harapannya kepada Allah SWT yang berkuasa mengatur segala urusan hidupnya.



Pada akhir perkongsian, Zizi melontarkan hasratnya untuk membawa Yusof  berjumpa dengan bapa kandungnya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan, sekali gus bersyukur banyak pihak yang mendoakan kebahagiaan serta kebaikan untuk mereka.

Sesungguhnya, misteri jodoh sukar dimengertikan sehingga mencetuskan tanggapan pada segelintir masyarakat yang melihat, seandainya perjalanan sesuatu pasangan itu untuk berumah tangga dipermudahkan, bermakna mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama.

Menyentuh bab itu, Ustazah Asni berpendapat setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza.

"Jodoh itu (akan menjadi) mudah jika kita memudahkan urusan. Ada yang memang sudah tertulis jodoh, tetapi dia yang menjadikan proses itu (ke arah pernikahan) susah. Bukan kerana urusan itu susah, tetapi kita yang mengambil jalan susah. Sebenarnya pernikahan ini sangat mudah kalau kita memilih jalan yang mudah," ulas Ustazah.

Menurut beliau, pernikahan Zizi dan Yusof Bahrin adalah contoh terbaik di mana mereka tidak mengambil masa terlalu lama iaitu hanya empat hari untuk menyelesaikan urusan penting sebelum disatukan kerana mereka mengutamakan perkara wajib.

Katanya, pandemik Covid 19 turut mengajar sesuatu iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan tidak perlu berbelanja besar.

"Ibu bapa perlu membuka minda dengan memudahkan urusan perkahwinan anak-anak mereka dan hanya fokus kepada perkara wajib iaitu nikah,” akhiri Ustazah membentangkan pendapatnya.



Untuk rekod, Zizi Kirana sah bergelar isteri kepada Yusor Bahrin, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September 2021.

Penyanyi itu menerima mas kahwin RM300 bersama senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran tidak didedahkan. Moga kekal hingga ke jannah! - KitaReporters


16
9
0
15
0
You will be interested