Seni & Sukan 15 Jun, 2022

Semoga dapat haji mabrur! 804 jemaah haji Terengganu berpeluang tunaikan fardu haji tahun 2022!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sebahagian bakal jemaah haji yang hadir pada majlis pelepasan. - Kredit gambar: Media MB Terengganu


SERAMAI 804 jemaah haji dari Terengganu berpeluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu pada tahun 2022 ini.

Penerbangan pertama yang membawa 142 bakal jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.45 malam pada Isnin, 13 Jun 2022.

Kumpulan tersebut adalah 63 jemaah lelaki dan 79 jemaah perempuan.

Pada tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengurus lebih 14,000 jemaah dari seluruh Malaysia dengan menggunakan 48 penerbangan sewa khas haji ke Tanah Suci bermula dari 4 Jun 2022 sehingga 4 Julai 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jemaah haji

Yang Dipertuan Muda Terengganu bertitah pada majlis pelepasan jemaah haji Terengganu


Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin menyempurnakan majlis pelepasan jemaah haji ke Tanah Suci berkenaan.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengurus Besar (Bahagian Syariah) Lembaga Tabung Haji Malaysia, Imran Mohammad Khayat

Mewakili Sultan Mizan, Tengku Muhammad bertitah Sultan Terengganu memuji komitmen TH, agensi kerajaan dan swasta dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji walaupun sudah dua tahun tertangguh.

"Beta berharap TH akan meneruskan usaha-usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa pada tahap cemerlang dan menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di seluruh dunia," titah baginda.


Jemaah haji berkerusi roda antara yang berpeluang menunaikan haji tahun 2022 ini turut hadir pada majlis pelepasan.- Kredit gambar: Media MB Terengganu


Sehubungan itu, jemaah haji dari Terengganu dinasihatkan supaya menjaga nama baik dengan menjaga akhlak dan tidak melakukan tindakan tidak sihat yang boleh menjejaskan imej negara.

Titah bertitah mereka perlu mengambil iktibar sepanjang menjalani ibadat berkenaan di Tanah Suci itu nanti untuk terus bersatu hati tanpa melihat sebarang perbezaan.

Sultan Mizan juga meminta bakal jemaah haji untuk sentiasa menjaga akhlak dan jauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negeri Terengganu.


Yang Dipertuan Muda Terengganu menyampaikan sumbangan kepada seorang jemaah haji lelaki yang berkerusi roda


"Semua jemaah harus mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin," titah baginda Sultan Pahang lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi pihak seluruh rakyat dan saf kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu mendoakan agar perjalanan bakal-bakal haji dipermudahkan Allah SWT dan mereka dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan pulang dengan haji yang mabrur. - KitaReporters


Dr Ahmad Samsuri berucap pada majlis pelepasan jemaah haji Terengganu

 

 

 

18
9
0
12
0
You will be interested