Gaya Hidup 23 May, 2022

Sukan SEA 2021: Harimau Malaya kena baham Garuda! Tewas sepakan penalti! Skuad muda pulang hampa!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto-foto: FB FAM @FAMalaysiaOfficial


Kegagalan dua penyerang negara dalam menyudahkan penalti membuatkan Malaysia terpaksa berputih mata apabila kalah 3-4 kepada Indonesia dalam sepakan penalti dalam penentuan pingat gangsa bagi Sukan SEA Vietnam 2021

Penjaga gol Indonesia tampaknya lebih bersedia apabila dapat menyelamatkan sepakan penalti Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim untuk membolehkan skuad Shin Tae-yong mengubat sedikit luka kalah pada separuh akhir baru-baru ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejohanan Sukan SEA


Dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4, Malaysia dilihat lebih banyak memiliki deretan peluang namun ketumpulan pemain menyebabkan Malaysia sukar menjaringkan gol

Ronaldo Joybera meletakkan Indonesia di depan apabila menewaskan Rahadiazi Rahalim pada minit ke-68. 

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia menyusun kembali rentak permainan dan kemasukan Hadi Fayyadh ternyata berjaya apabila menjaringkan gol pada minit ke-81. 

Dalam perlawanan penentuan tersebut, keputusan seri akan terus ke sepakan penalti dan tiada tambahan masa bagi memberi laluan perlawanan akhir pada sebelah malam. 



Kekalahan ini membuatkan skuad Brad Maloney pulang hampa namum ia sudah pasti memberi pengalaman baharu untuk mereka dalam menghadapi kelayakan menjelang pusingan akhir Kejuaran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-23 (B23) bulan Jun 2022 nanti.

Jika dilihat skuad ini, mereka menunjukkan permainan yang positif dan sudah pasti dalam kelayakan yang akan berlangsung pada Jun nanti, skuad muda mampu menunjukkan satu permainan yang dan keputusan yang lebih baik untuk layak ke pusingan akhir. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB FAM @FAMalaysiaOfficial

12
13
0
8
0
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 14 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago