SATU tindakan kurang bijak daripada pemain pertahanan negara membolehkan Vietnam menjaringkan gol pada masa tambahan, sekali gus membawa tuan rumah ke perlawanan akhir Sukan SEA 2021 kali ini.
Jaringan dari Linh Nguyen Tien sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 dan mereka berada di landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejohanan Sukan SEA
Kredit foto-foto: FB Vietnam Football @bongdavietnamfans
Dalam perlawanan separuh akhir, Vietnam dilihat lebih banyak menguasai permainan dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namum Malaysia mampu bertahan dengan begitu baik.
Malaysia yang turun dengan lima pertahanan sekali sekala cuba menyerang dan mempunyai beberapa peluang tapi ketumpulan barisan hadapan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.
Malaysia yang dilihat lebih banyak bermain bertahan dan seakan-akan ingin mengajak juara bertahan ini bermain penalti namun kealpaan minit akhir telah dihukum oleh pemain Vietnam.
Jika dilihat secara keseluruhan, pasukan ini boleh bermain dengan baik dan ada ketenangan ketika bertahan dalam situasi getir dan tugas berat untuk Brad Maloney untuk membaiki kelemehan pasukan ini menjelang pusingan akhir Kejuaran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-23 (B23) bulan Jun 2022 nanti.
Pujian kepada semua pemain kerana bermain demi lencana pada dada. Bangkit dan buktikan kembali bahawa anda layak untuk ke pusingan akhir apabila bakal berjumpa dengan Thailand dan Vietnam sekali lagi nanti.
Dalam perlawanan akhir nanti, tuan rumah akan bertemu Thailand, manakala Malaysia akan turun menentang Indonesia dalam penentuan pingat gangsa. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Vietnam Football @bongdavietnamfans