Swift menerima gelaran doktor kehormat (honoris causa) seni halus dari Universiti New York (NYU), Amerika Syarikat pada Rabu lalu, 18 Mei 2022 lalu. Majlis berlangsung di Stadium Yankee, New York City.
Swift hadir dengan memakai pakaian konvokesyen sama seperti graduan-graduan lain iaitu berwarna ungu dan hitam khas.
Dalam satu kenyataan, NYU memberikan alasan memberikan gelaran Doktor Kehormat Seni Halus untuk Taylor Swift atas alasan tertentu.
“Pemenang 11 piala Grammy, Taylor Swift salah satu selebriti paling ikonik pada generasinya. Dia satu-satunya penyanyi wanita dalam sejarah yang memenangkan penghargaan tertinggi, Album of the Year (Album Terbaik) daripada Grammy Award sebanyak tiga kali,” tulis NYU yang turut menyertakan pelbagai penghargaan lain yang pernah diterima oleh Swift.
Swift memulakan syarahannya dengan melontarkan gurauan: “Saya 90 peratus yakin alasan utama saya boleh berada di sini kerana saya mempunyai lagu berjudul 22.”
Beliau kemudian dalam syarahannya menyatakan dia tidak pernah menempuh pendidikan kuliah secara formal.
Taylor Swift memberikan syarahan selepas menerima anugerah. - KredIt foto: Reuters
Swift diketahui menjalani pendidikan sekolah menengah di Hendersonville High School. Ketika kerjaya sebagai penyanyi memuncak, dia pindah ke Aaron Academy yang menerapkan sistem home schooling.
Namun, Swift tetap menyampaikan saranan untuk para siswazah di Universiti New York itu.
“Saya tidak berkualiti untuk memberitahu anda semua harus melakukan apa. Anda semua sudah bekerja keras dan banyak berkorban untuk belajar dan meraih mimpi anda semua sehingga boleh sampai di sini.
"Tetapi saya akan memberikan anda semua satu petua hidup ketika aku mulai membangun mimpiku sebagai karier.
"Jangan sesekali merasa malu untuk mencuba. Kesukaran hanya sebuah mitos,” kata mantan kekasih Taylor Lau ini. - KitaReporters