Seni & Sukan 25 Apr, 2020

KAMI JARAKKAN DIRI!! TAK NAK KENA COVID-19!!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

PENULARANN wabak pandemik COVID-19 yang sedang mengancam dunia hari ini bukan sahaja memberi kesan jangka panjang dan trauma kepada manusia sebaliknya turut membabitkan haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran itu. Sama ada ia secara kebetulan atau melihat perlakuan depan mata, haiwan ini memberi respons positif seakan memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. : KitaReporters


Portal Bored Panda berkongsi dan memperlihatkan beberapa keping gambar pelbagai jenis haiwan yang mengamalkan penjarakan sosial atau sosial distancing ketika berada di tempat awam termasuk di luar pasar raya, jalan raya, kaki lima bangunan dan kawasan rekreasi. 

Patuh betul pada arahan mereka nie!!! Siap duduk dalam bulatan yang dibuat untuk manusia.

Sama ada ia secara kebetulan atau diarah berbuat demikian, namun tetap menggambarkan suasana sebenar yang perlu dilakukan ketika COVID-19 sedang menular hampir di serata dunia.

Adakah haiwan-haiwan ini takut dijangkiti COVID-19 atau cuma meniru perlakuan manusia sahaja. 

Jangan marah...Kami tiru je...



Gambar yang memaparkan burung, anjing, seagulls, moose, kucing dan itik itu turut menarik perhatian netizen dan meninggalkan pelbagai komen menarik.

Admin portal berkenaan menulis kapsyen yqng berbunyi  "Kalaulah semua orang boleh mencontohi makhluk ini, pasti kita dapat mengurangkan penularan wabak ini dengan lebih cepat."

Kita ikuti komen yang ditinggalkan pada pada gambar-gambar berkenaan.





Antaranya, komen Lily Bostick yang menyatakan "senang bukan, tapi kenapa manusia susah sangat nak faham'. 

Vivi Da Poo pula menulis "kucing pun pandai beri contoh" dan BingerFest1 meninggalkan komen "kelihatan mereka seperti menjaga sesuatu."

Netizen juga meninggalkan komen menarik dan melucukan selepas melihat gambar-gambar berkenaan yang tular dalam media sosial. 

Ada yang meminta supaya mengambil contoh haiwan berkenaan bagi mengelak perasaan degildan kurang cerdik itu. 

Malulah sikit dengan haiwan tu kawan!!!




Memang ada antara kita yang masih berdegil dan ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut berdegil dengan tidak memperdulikan saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk amalkan penjarakan sosial 1 meter

Haiwan pun reti bahasa. Kenapa manusia susah sangat nak faham? 

Jadikanlah haiwan-haiwan ini sebagai contoh!!! Tanpa akal tapi masih boleh melakukannya. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested