Seni & Sukan 18 Aug, 2020

Tak bertanggungjawab! Kes penceraian di Terengganu meningkat

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

INSTITUSI kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Islam di Terengganu dilihat agak rapuh apabila kes penceraian membabitkan pasangan suami isteri negeri itu sentiasa meningkat pada setiap tahun. Sikap tidak bertanggungjawab sama ada lelaki atau wanita terhadap pasangan dan anak masing-masing dilihat menjadi punca utama peningkatan kes penceraian di negeri itu. : KitaReporters

Kursus Pra-Perkahwinan sering diadakan bagi memberi kefahaman kepada bakal pasangan suami isteri. - Gambar hiasan


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Ketika ini, Terengganu merekodkan 13,157 kes penceraian membabitkan pasangan muslim dalam tempoh lima tahun bermula 2015 hingga sekarang.

Paling menyedihkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, sejumlah 181 pasangan suami isteri bertindak untuk bercerai kerana tidak bersefahaman dengan pasangan masing-masing.

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah 


Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah yang turut kesal dengan perkembangan tersebut.

Beliau berkata, turut menjadi punca penceraian adalah lemah didikan agama, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, masalah ekonomi, kerjaya, masalah kesihatan, masalah akhlak dan sosial serta masalah komunikasi.

Katanya, berdasarkan pecahan, sebanyak 2,682 pasangan dilaporkan bercerai pada 2015 diikuti 2,715 pasangan (2016), 2,758 (2017), 2,553 (2018) dan 2,449 pasangan (2019).

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) institusi yang menganjurkankan pelbagai program kekeluargaan kepada rakyat Terengganu


Manakala, sebanyak 2,409 pernikahan direkodkan Bahagian Undang-Undang keluarga bagi Pernikahan dan Penceraian dalam tempoh (PKP).

"Memang banyak faktor yang mengakibatkan penceraian ini, namun punca utama isu adalah disebabkan pasangan tidak bertanggungjawab yang akhirnya membawa kepada masalah-masalah lain,” katanya.

Kerajaan Terengganu turut menganjurkan program Perkahwinan Perdana kepada bakal pengantin baharu. - Gambar hiasan


Menurut Mohd Nor, kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam menangani isu penceraian dengan memberi tumpuan kepada tiga golongan sasaran iaitu pasangan yang belum berkahwin, pasangan sudah berkahwin dan pasangan yang mempunyai konflik dalam perkahwinan.

Peserta Program Perkahwinan Perdana anjuran Kerajaan Terengganu kepada bakal pengantin baharu. - Gambar hiasan


Kata Mohd Nor, kumpulan itu diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Poster Program Walimatulurus anjuran Kerajaan Terengganu


Beliau berkata beberaapa program sudah dilaksanakan oleh agensi terbabit termasuk kursus praperkahwinan, praperkahwinan Islam, seminar kekeluargaan, kursus kepada pasangan yang berkahwin lebih lima tahun dan khidmat nasihat cara keluarga Islam bagi membantu meningkatkan kefahaman hidup berumah tangga. - KitaReporters

6
6
45
7
7
You will be interested