Seni & Sukan 11 Oct, 2020

Lucu! Kain sampin dulang boy terlucut! Depan rumah pengantin

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BIASANYA menjelang hujung tahun ramai yang akan mengadakan majlis kahwin maklumlah sebelum ini majlis terpaksa ditangguhkan berikutan kedatangan 'tetamu tidak diundang' Covid-19. Kini dengan norma baharu banyak majlis yang diadakan bagi meraikan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, walaupun tidaklah semeriah dahulu, namun adat –adat Melayu masih kekal disanjung. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Baru-baru ini, tular kisah lucu yang berlaku kepada seorang daripada pembawa dulang hantara pernikahan bagi rombongan keluarga pengantin lelaki yang berdepan detik memalukan ketika tiba di rumah pengantin perempuan.

Kejadian memalukan itu berlaku hanya beberapa langkah lagi di hadapan di pintu masuk rumah pengantin perempuan.

Aduhaiiiii malunya….


Kisah berkenaan dikongsikan sendiri oleh pengantin baharu berkenaan, Ahnaf dalam Twitternya, @naffyboy baru-baru ini.

Pemuda berusia 28 tahun itu memberitahu, kejadian berkenaan berlaku ketika rakan baiknya, Keren Selvam yang menjadi seorang daripada pembawa dulang berdepan detik melucukan apabila kain sampin yang dipakai dan digayakan bersama baju Melayu tiba-tiba terlucut.

Malah kejadian melucukan itu berlaku di depan matanya sendiri sehingga membuatkan dia tidak dapat menahan gelak.

Mungkin si pembawa dulang lupa nak ikat kain sampin itu sehingga terlucut... lagipun kain songket tu kan licin!!!

SELAMAT pengantin baru...walaupun melalui detik melucukan akhirnya berjaya disatukan jua di majlis yang penuh meriah. Kredit foto: Twitter @naffyboy.


“Nervous nak bernikah terus hilang bila ada moment lawak dari dulang boy,” kongsinya dalam Twitter miliknya baru-baru ini sehingga menjadi tular.

Dia memberitahu melihat kejadian melucukan itu membuatkan perasaan gemuruh untuk majlis akad nikah itu terus ghaib.

Malah dia tidak menyangka rakan baik yang dikenali sejak tadika itu berdepan detik memalukan pada hari bahagianya.


Namun dia bersyukur kerana semuanya selesai dengan sempurna malah dengan hanya sekali lafaz dia berjaya menjadi suami orang.

Syukurlah ia hanya secebis kisah lucu yang akan diingati sampai bila dan boleh dikongsikan semula kepada anak dan cucu di masa depan.

Selamat  pengantin baharu dan bahagia melayari bahtera rumah tangga. - KitaReporters

 

PEMBAWA dulang, Keren Selvam merakamkan kenangan bersama pengantin selepas kisah lucunya sehingga menjadi tular.

 

 

1
0
0
3
0
You will be interested