Gaya Hidup 01 Oct, 2020

Syabas Siti Nurhaliza! Empat pencapaian terbaik oleh Tok Ti!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

Share this
Selebriti terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, menerima empat berita gembira pada minggu akhir September 2020 lalu. Tahniah Tok Ti!! : KitaReporters

Tok Ti mempunyai banyak kenangan manis sepanjang tahun 2020. - Kredit foto: IG @ctdk

Tok Ti menerima berita lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ menerima 10 juta tontonan dalam YouTube pada Selasa, 29 September 2020. 

Lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik oleh Siti Rosmizah yang merupakan lagu runut drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku’ itu merupakan lagu utama dalam album ManifestaSITI2020 dan klip videonya mula disiar dalam YouTube pada 4 Julai 2020.

Tok Ti mengumumkan 10 tontonan untuk lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' dalam YouTube dalam IG-nya

Jumlah tontonannya bergerak drastik. Pada 9 September 2020, ia mencapai 8 juta tontonan dalam YouTube dan kurang dari sebulan ia meningkat kepada 10 juta tontonan.

Pengaruh Tok Ti menjadikan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ sebagai lagu tempatan yang paling cepat mempunyai tontonan tertinggi dalam YouTube.


Tok Ti turut gembira apabila lagu ‘7 Nasihat’ yang menggandingkannya dengan penyanyi hip-hop Kmy Kmo dan Luca Sickta mencapai tontonan 2 juta dalam YouTube sejak dilancar 1 April 2020.
Selain itu, Tok Ti menerima satu lagi khabar gembira apabila dirinya terpilih sebagai salah seorang daripada lima artis daripada artis Malaysia Paling Top dalam 2020 Mid Year Joox Top Music Award.

Bentuk hadiah Anugerah Top 5 Artist (local) 2020

Dan berita paling gembira apabila Tok Ti terpilih untuk menduduki senarai teratas tokoh paling dikagumi (World's Most Admired bagi kategori Malaysia) 2020 yang dikeluarkan oleh portal YouGov, yang melakukan tinjuan secara online di seluruh dunia.

Senarai kedudukan selebriti dunia dalam Malaysia's Most Admired 2020 oleh YouGov. - Kredit foto: my.yougov.com


Tok Ti menerima markah tertinggi bagi kategori wanita berdasarkan tinjaun di Malaysia dengan menerima 18.83% markah mengalahkan Nur Amalina Che Bakri (10.03%) dan Nicol David (6.76%). 

PersonalitI-personaliti lain wanita dari Malaysia di dalam senarai berkenaan ialah Tun Siti Hasmah Mohamad Ali (5.86%) dan Vivy Yusof (1.08%).

Markah yang diterima Tok Ti jah di atas personaliti lain.

Sementara bagi kategori lelaki. angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustaphar Shukor mengungguli kedudukan teratas berdasarkan tinjuaun di Malaysia dengan mata 10.64%. 

Di tempat kedua, bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei (8.88%) dan ketiga, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed (8.80%)

Personaliti lain lelaki dari Malaysia yang turut berada di dalam senarai itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (3.56%). - KitaReporters

You will be interested

Aroma Ismail Izzani! Mampukah percintaan Shalma bertahan?

Single terbaharu Shalma Eliana, Aroma ciptaan Mas Dewangga dan FIrdaus Rahmat mengisahkan tentang pasangan bercinta yang diuji dengan kecurangan oleh si lelaki

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Basmi nyamuk aedes! Gotong royong Perkumpulan Wanita Lipis!

40 ahli Perkumpulan Wanita (WI) gotong-royong di kawasan tapak pekan sehari di Kampung Bukit Betong, Lipis pada 25 Oktober 2020 dengan bantuan JKKK Bukit Betong
Haris Fadilah Ahmad in Gaya Hidup 9 hours ago

Anugerah untuk kelab peminat! ABPBH 33 cipta sejarah digital

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 13 November 2020 bakal cipta sejarah apabila disiarkan secara langsung dan secara digital gara-gara COVID-19
Fariza Saidin in Gaya Hidup 11 hours ago

Salam Maulidur Rasul! RTM tampilkan dua program rai sambutan

Pada 29 Oktober 2020, RTM melalui TV1 akan siarkan bicarawara muzikal bertajuk Kasih Junjungan, 10.30 pagi dan Forum Perdana Khas Maulidur Rasul 1442H, 9 malam
Fariza Saidin in Gaya Hidup 19 hours ago

Tambah baik proses P&P! Untuk pelajar Rohingya di RISE IRM

Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE) kelolaan Islamic Relief (IRM) lancar program bulan akademik untuk tambah baik proses P&P kepada pelajarnya
Editor KitaReporters in Gaya Hidup 21 hours ago