Seni & Sukan 13 Oct, 2020

Mia Lateefa mahu ke 'Hujung Dunia'! Untuk siapa? Cinta? Ibu?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SEJAK berada dalam tempoh PKPP ni, ramai pula artis-artis baharu yang melancarkan single akhir-akhir ini. Antaranya termasuklah gadis remaja berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Mia Lateefa yang melancarkan single terbaharunya, ‘Hujung Dunia’.  Nak ke hujung dunia mana tu Mia Lateefa? : KitaReporters


Penyanyi bernama penuh, Mia Lateefa Keyte,  ini sebenarnya mahu menceritakan tentang cinta yang tidak bersempadan dan sejauh mana seseorang itu sanggup pergi demi memperolehnya. 

Oh begitu maksud ‘Hujung Dunia’ yang mahu disampaikan penyanyi muda berusia 18 tahun ini.

Pada yang masih belum mengenali penyanyi remaja ini, Mia Lateefa bermula sebagai seorang penari profesional ketika mula-mula bertapak dalam industri hiburan.

Minatnya dalam tarian balet khususnya dicungkil seawal usia empat tahun di mana beliau mendapat latihan profesional di sekolah tarian ballet (Dance Steps Studio) dan tarian tradisional, malah pernah membuat persembahan pentas di beberapa acara besar di dalam mahu pun luar negara.

#Throwback ... Gambar ini dirakam pada tahun 2016 dan dimuat naik dalam IG @miakeytefans.

“Sejak dari kecil lagi Mia memang minat menari dan apabila meningkat remaja, Mia menghadiri kelas vokal bagi mengasah bakat nyanyian dan kini kedua-dua bidang ini menjadi minat paling utama.

“Dan apabila peluang merakamkan lagu ‘Hujung Dunia’ ditawarkan, Mia rasakan ia sebagai pengenalan diri Mia buat semua,” ujar penyanyi berasal dari Kuala Lumpur yang membahasakan dirinya Mia sahaja ini.

Sungguh pun lagu ciptaan komposer sedang meningkat naik, Dedeq ini menceritakan berkenaan cinta tidak bersempadan buat kekasih, namun berlainan pula bayangannya bagi Mia.

Apabila menghayati liriknya, bukan bayangan lelaki yang muncul dalam minda Mia tetapi wajah ibunya, waima baginya dirasakan  lagu itu lebih sesuai ditujukan kepada ibunya kerana baginya kasih sayang seorang ibu tiada bersempadan, waima ibu sentiasa menyokong anak-anak tanpa berbelah-bagi.

Menurut Mia ketika melagukannya ia membayangkan tentang perhubungan dengan ibunya sewaktu membesar, ketika berbuat salah dan belajar daripada kesilapan tersebut.

“Kasih sayang ibu memang tiada bersempadan. Seseorang ibu itu sentiasa menyokong anak-anak tanpa berbelah-bagi dan sering memberikan tunjuk ajar tidak kira sejauh mana pun,” jelas Mia.

Lagu ini yang memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan kerana jadual sekolah dan proses rakaman yang berbeza banyak mengajar Mia Lateefa.

“Ia merupakan pengalaman berharga buat Mia kerana dapat mempelajari tentang pengurusan masa dan cara berdisiplin yang betul,” tambahnya.


Ditanya dari mana Mia mendapat motivasi untuk menjadi anak seni, jawabnya, “syukur Alhamdulillah, Mia dikurniakan keluarga dan teman baik yang sangat menyokong kerjaya seni Mia dan penyokong nombor satu tentulah ibu, jikalau bukan beliau semua ini pasti tidak akan terjadi dan ibu menjadi pendorong paling kuat buat Mia untuk terus maju dan lebih berusaha.

“Adakalanya apabila rasa hendak putus asa, Mia akan ingat segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu dan ini menjadi pemangkin untuk Mia berusaha keras lagi untuk membuatkan ibu bangga dengan pencapaian Mia satu hari nanti.”

Mia berharap agar lagunya bakal diterima ramai dan menjadi inspirasi buat semua untuk sentiasa menyayangi ibu mereka kerana merekalah superhero yang sebenar.

“Banyak yang telah mereka lakukan dan tidak mampu rasanya untuk membalas budi mereka, peluklah mereka dan ucapakanlah ungkapan cinta buat mereka kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu,” harapan  Mia Lateefa.


Pun begitu, apa pun bayangan anda ketika menghayati lagu ‘Hujung Dunia’ ini ia boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Joox, Deezer dan Apple Music. 

Manakala video muzik lagu ‘Hujung Dunia’ ini boleh ditonton secara eksklusif dalam saluran rasmi YouTube Universal Music MY mulai 16 Oktober 2020, manakala lirik video akan berada dalam saluran rasmi YouTube Mia Lateefa Keyte pada hujung Oktober. - KitaReporters



5
1
0
0
0
You will be interested