Seni & Sukan 05 Jul, 2021

Majalah 3! Episod 2: Kita Masih Belum Menang, 5 Julai 2021! Kematian, kelahiran akibat Covid-19

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SELAGI pandemik COVID-19 tidak berakhir, setiap hari kita akan disogokkan dengan berita berhubung keadaan semasa wabak itu.

Sama ada berita sahih atau pun palsu, apa sahaja yang diterbitkan akan dibaca oleh netizen apatah lagi jika ia membabitkan soal hidup dan mati.

Pendek kata, sejak pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kes positif Covid-19 masih berada pada tahap yang membimbangkan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan TV3


Keadaan ini juga terus memberikan cabaran getir kepada petugas barisan hadapan dari pelbagai sektor untuk menangani pandemik yang tercetus sejak setahun lalu. 

Dan jika anda sering menonton siaran TV3 ketika berada di rumah barangkali ada yang telah menyaksikan siri pertama dokumentari istimewa memaparkan keadaan getir yang dihadapi petugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan situasi sebenar di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), bersiaran pada 17 Mei 2021 lalu.

Episod tersebut memberikan impak yang besar sehingga berjaya mencapai 5 juta penonton (sumber Nielsen Audience Measurement) dan ia juga tular dalam laman sosial media, sekali gus menepati matlamat program supaya penonton dapat mengetahui trend pandemik itu. 


Krew Majalah 3 TV3 bersama warga kerja Hospital Sungai Buloh.


Terbaharu, Majalah 3 membuat liputan susulan perkembangan terkini keadaan Covid-19 dalam negara bertajuk ‘Episod 2: Kita Masih Belum Menang’ hasil saranan daripada Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berkongsi informasi dengan masyarakat mengenai realiti dan impak virus Covid-19.

Episod yang akan menemui penonton pada 5 Julai 2021, jam 9.00 malam ini memberi fokus kepada dua sisi kehidupan, iaitu kelahiran dan kematian dalam pandemik

Krew Majalah 3 secara eksklusif dibawa masuk ke dalam ruang forensik menyaksikan bagaimana bedah siasat (post-mortem) mayat mangsa Covid-19 dilakukan


Bedah siasat mayat mangsa positif COVID-19 di Institut Perubatan Forensik Negara.


Ia bertujuan memberi informasi mengenai kesan virus terhadap organ tubuh mangsa terutama pada paru-paru. 

Selain itu, turut dipaparkan ialah keadaan di wad pediatrik yang mula merunsingkan pakar perubatan ekoran bilangan kanak-kanak positif Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat.  

Krew juga dibenarkan berada di dalam dewan bedah dan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) menyaksikan petugas perubatan berhadapan dengan cabaran menjalankan pembedahan wanita hamil tidak cukup bulan ekoran dijangkiti virus Covid-19, demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi


Penggambaran turut dilangsungkan di wad pediatrik Hospital Sungai Buloh.


Diterajui  Gan Bock Khim selaku Penerbit Eksekutif bersama penerbitnya, Christine Lee Mei Chin dan wartawan Khaleeq Shahzada Manja, pastikan anda menyaksikan ‘Episod 2 Majalah 3: Kita Masih Belum Menang’ pada 5 Julai 2021, ya!!

Sedarlah COVID-19 itu benar dan bukan boleh dijadikan bahan gurauan atau dipolitikkan. 

Sama-sama kita jaga kita dan mendoakan supaya koronovirus ini cepat beredar supaya kita kembali kepada norma biasa walaupun berada dalam situasi norma baharu. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested