Seni & Sukan 14 Jan, 2021

Video| Nak tahu punca kuasa PKP 2.0? Perintah Kawalan Pergerakan mula dengan tandatangan ini!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita lalui bermula 18 Mac 2020 lalu adalah antara pendekatan paling berkesan untuk menurunkan kes-kes baharu Covid-19. Walaupun ia telah dipecahkan kepada beberapa jenis berbeza - Diperketatkan, Bersyarat, Pemulihan - namun asal usulnya bermula daripada PKP. : KitaReporters



Bagi kebanyakan orang, mereka langsung tidak kisah dari mana punca kuasa diperoleh bagi melaksanakan perintah mengawal pergerakan ini.

Walaupun ia persis perintah darurat keselamatan, namun ia bukan menggunakan proklomasi darurat. Ia juga tidak menggunakan akta daripada pihak keselamatan awam atau pertahanan negara.

Jadi, dari mana punca kuasa akta yang membenarkan rakyat kita diarah untuk ‘stay at home’?



Bagi pengamal undang-undang, mungkin mereka sudah tahu atau sudah lama mengkaji asal usulnya. Namun bagi kita selaku orang awam, mengetahui akta yang membenarkan kita ‘berkurung’ di dalam rumah melalui PKP ini suatu ilmu tambahan yang menarik. 

Lontaran status dari laman Facebook ‘Friends of Malaysia Frontliners’ mungkin mampu memberi jawapan kepada kita semua tentang punca kuasa akta yang membenarkan PKP.

Laman Facebook berkenaan telah memuat naik sebuah video mengenai penurunan tandatangan di bawah Akta 342 bagi pelaksanaan PKP di enam buah negeri, PKPB di lima buah negeri dan PKPP di dua buah negeri berbaki.



Dalam video itu jelas menunjukkan Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr. Adham Baba dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan PKP di bawah peruntukan Akta 342 yang melibatkan kesihatan awam.

Video dengan tajuk “Tandatangan YB Menteri Kesihatan” itu berdurasi 1 minit 3 saat menunjukkan Dr Adham sedang membaca satu per satu perintah PKP dan menurunkan tandatangan arahannya.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / PKP Bersyarat (PKPB) / PKP Pemulihan (PKPP) adalah salah satu kaedah paling mujarab untuk kita landaikan lengkuk kes #COVID19.

“Malaysia sudah berjaya menurunkan kes baharu dan kes aktif suatu ketika dahulu hanya dengan kaedah PKP dan semua rakyat 'stay at home',” tulis laman Facebook berkenaan.


Tapi ramai tak tahu dari mana asal usul punca kuasa untuk perintah ini tanya Facebook tersebut.

“Lihat video pendek ini. Anda akan dapat jawapan bahawa betapa pentingnya peranan, amanah dan tanggungjawab YB Menteri Kesihatan dan Akta 342 dalam melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19,” tulis Facebook itu lagi.

semoga maklumat ini dapat memberi ilmu baharu kepada kita semua dan menjadi pedoman untuk hidup kita di masa hadapan.

Semoga kerajaan semasa terus stabil dan mampu menurunkan kes baharu di tahun 2021. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested