TEMA sambutan Maulidur Rasul yang bakal diraikan pada 29 Oktober 2020 ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal ialah Ummah Rabbani, Negara Harmoni. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. : KitaReporters
Punchline DAC pasti banyak memberi manfaat kepada penonton.
Lagi cerita-cerita berkaitan Maulidur Rasul:
https://kitareporters.com/search?search=maulidur+rasul
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Memandangkan kali ini acara
sebegitu tidak dapat dilaksanakan dek pandemik COVID-19, masih ada cara lain
juga untuk kita memperoleh kebaikan selain beramal ibadat di rumah.
Antaranya adalah dengan menonton program yang mengetengahkan isi kandungan menarik yang disiarkan menerusi saluran Astro iaitu Oasis, Naura, dan Warna, serta dalam platfrom digital My Salam Muslim. Program yang disiarkan, biarpun pendekatannya berbentuk hiburan namun kandungannya amat bermanfaat bagi seluruh lapisan masyarakat,
Pihak Astro berharap program-program istimewa sempena Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi rasa cinta dan hormat, sekali gus mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW.
PU Azman, Yana Samsudin dan Uncle Kentang berkongsi pengalaman mereka dalam program Punchline DAC.
Antara yang menarik di saluran-saluran Astro sempena Maulidur Rasul tahun ini ialah Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul yang akan disiarkan pada pukul 9 malam, 28 Oktober 2020 ini menerusi Astro Warna.
Istimewa Maulidur Rasul ini, Datuk AC Mizal menjemput PU Azman, Yana Samsudin, dan Uncle Kentang (Kuan Chee Heng) untuk bercerita tentang pengalaman hidup yang sudah tentu boleh menjadi contoh dan teladan bagi orang ramai.
Bukan sekadar pengalaman insan-insan terpilih yang boleh dijadikan ukuran untuk kita teladani malah ada kitanya, kita juga dapat menimba ilmu berdasarkan tontonan drama.
Telefilem Iman Hakiki sarat dengan mesej.
Anda pasti dapat pengajaran apabila menonton telefilem Iman Hakiki, arahan Rashid Sibir yang bakal ditayangkan pada pukul 10 pagi, Khamis ini menerusi saluran Astro Oasis.
Menariknya, telefilem lakonan PU Azman, Hisyam Hamid, Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar dan Atita Haris digarap berdasarkan situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Iman Hakiki berkisar tentang Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid.
Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat.
Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama.
Situasi begini mesti pernah berlaku pada anda yang bermusafir, bila singgah nak solat, anda kecewa kerana pintu masjid atau madrasah berkunci. Menerusi Iman Hakiki kita dapat lihat cara Iman mengatasi masalah tersebut.
Lakonan Hisyam Hamid sebagai Iman dalam telefilem arahan Rashid Sibir.
Amira Othman, Fouziah Ghous dan Wany Hasrita berkongsi pengalaman tentang penghijrahan mereka.
Sementara itu, menerusi saluran Naura pula kita dapat menonton hos Lisa Surihani menemu bual rakan selebriti tentang pengalaman mereka menunaikan ibadat haji menerusi program Life & Love with Lisa.
Selain bercerita tentang pengalaman menunaikan ibadah haji, tetamu juga akan berkongsi tentang perubahan baharu dalam kehidupan mereka.
Manakala, platform digital My Salam Muslim pula memaparkan rancangan Sketsa Cara Kita vs Cara Sunnah yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim mulai 12 tengah hari, 27 Oktober.
Meskipun ia disampaikan dalam bentuk komedi, namun diharap dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan yang baik dengan mengikut cara sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kalau nak dengar Mawi dan lain-lain berselawat tontonlah MV Hadirmu Ya Rasulullah.
Jika mahu mendengar dendangan selawat ke atas
Rasulullah SAW yang disampaikan dengan nafas baharu, anda boleh mengikuti MV
Hadirmu Ya Rasulullah (Thola'al Badru) menerusi YouTube dan Instagram My Salam
Muslim.
Dendangan selawat yang disampaikan oleh Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid itu boleh didengari bermula, 8 malam, 28 Oktober ini.
Semoga kandungan program yang disiarkan menerusi
saluran Astro ini dapat memberi manfaat kepada kita, biarpun sebesar zarah. - KitaReporters