Seni & Sukan 16 Mar, 2021

Video| Dah makan separuh pinggan baru sedar tersalah majlis kahwin! Maaf tuan rumah, malunya!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


SELEPAS kerajaan membenarkan majlis keraian seperti perkahwinan dan sebagainya, ramai masyarakat kita yang menganjurkannya sebagai tanda kesyukuran dan menyambung adat budaya orang Melayu sejak turun temurun.

Bagaikan 'melepas geram' selepas sudah berbulan-bulan kita tidak dibenar menganjurkan majlis keramaian, kini berpusu-pusu majlis resepsi di sana sini walaupun lokasinya cukup berhampiran antara satu sama lain.

Dalam keadaan sebegini, tidak disangka ada juga cerita-cerita lucu yang terjadi dalam kalangan masyarakat kita.

Antaranya tersilap 'masuk' ke majlis perkahwinan orang lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan majlis perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=majlis+perkahwinan



Ada sebuah kisah yang dikongsikan dalam laman media sosial, seorang wanita hanya menyedari perkara tersebut selepas selesai menjamah makanan pada majlis orang lain, yang pada awalnya disangkakan majlis meraikan rakan sendiri.

Keadaan 'mencemaskan' itu telah dikongsikan oleh beliau dalam akaun TikToknya dan ternyata menarik perhatian orang ramai sehingga berjaya meraih lebih 500 kongsi dan lebih dari 66,700 tanda suka.

“Macam mana boleh pergi salah wedding eh?”



Video TikTok berkenaan dikongsi oleh akaun bernama @Mariaasren yang difahamkan telah hadir ke sebuah majlis yang disangkakan majlis seorang rakannya.

Walau bagaimanapun, dia hanya menyedari bahawa mereka telah tersalah majlis selepas bergerak ke pelamin untuk mengambil gambar pasangan pengantin yang juga disangka rakan mereka.

“Benda paling kelakar harini aku pergi salah kenduri orang, ingatkan kenduri member. Sebab member nak sangat gambar, aku pun dengan yakin nak pergi dekat pelamin. Sekali tengok, bukan member!”

Malah bukan itu sahaja, rakan yang turut bersama-sama beliau ketika itu telah berjaya menghabiskan separuh pinggan juadah kenduri sebelum mereka masing-masing menyedari perkara tersebut.

“Part paling kelakar member dah makan setengah pinggan tapi salah wedding. Minta maaf tuan rumah, saya salah pergi, saya hulur duit dan pergi ke wedding lain. Malunya Ya Allah,” katanya menerusi video itu lagi.

Ternyata perkongsian dalam TikTok itu benar-benar menghiburkan para netizen yang ada antara mereka pernah berhadapan dengan situasi yang sama suatu ketika dahulu. - KitaReporters


4
0
0
10
1
You will be interested