Seni & Sukan 23 Jul, 2020

Erra Fazira dijangkiti demam denggi! Ditahan di wad hospital

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELAKON Erra Fazira, 46,  yang mengalami demam sejak tiga hari lalu, pagi tadi Khamis, 23 Julai 2020 pergi ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor pada pagi Khamis, 23 Julai 2020 untuk mendapat rawatan. ASP Jeslina ini mendapat khabar tidak menyenangkan apabila doktor mengesahkan dia mengalami demam denggi dan ditahan di hospital berkenaan. : KitaReporters

Erra diberitahu dia dijangkiti denggi setelah mengunjungi sebuah hospital di Subang Jaya. - Kredit foto: IG errafazira


Parkara itu disahkan oleh pembantu peribadinya, Sharendra Abd Razak kepada Harian Metro online. 

Menurut Sharendra pada awalnya, Erra hanya mengalami demam biasa, tetapi turut mengalami sengal badan dan sakit urat.

Tambahnya, ia adalah kali kedua Erra di masuk ke wad hospital, setelah kali pertama ketika melahirkan Aleesya.

Erra terpaksa menunda beberapa komitmen kerja.


Disebabkan mengalami sakit denggi itu, beberapa komitmen kerja Erra terpaksa ditunda.

Pada 12 tengah hari, Erra sepatutnya mengacarakan program Mingguan Wanita di Astro. 

Sementara esok, Jumaat, Erra atau Fazira Wan Chek terbabit dengan program Go Shop dan penggambaran drama kepolisan ‘Gerak Khas’. 

Semuanya terpaksa ditunda.

Erra sebagai ASP Jaslina dalam drama kepolisan 'Gerak Khas'. - Kredit foto: FB Gerak Khas'


Dalam bidang lakonan walaupun sudah jarang berlakon filem, Erra masih bergiat dalam drama TV.

Dalam drama ‘Gerak Khas’, Erra menjadi salah seorang pelakon utama iaitu ASP Jaslina yang tegas dalam menjalankan tugas. - KitaReporters

0
2
2
0
0
You will be interested