Apabila ibu bapa adalah golongan popular atau golongan kayangan, si anak turut mendapat tempiasnya.
Lagi cerita-cerita sensasi berkaitan Neelofa dan PU Riz
Pada hari ketujuh Aidilfitri, Bilal dikatakan memperolehi sumbangan duit raya berjumlah RM14,020.
Jumlah itu diumumkan dalam TikTok Neelofa di mana turut memperlihatkan dia dan suaminya membuka sampul wang dan menunjukkan wang-wang yang diterima.
Pasangan suami isteri ternyata gembira memperoleh duit raya untuk anak kecil mereka.
"Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Ini semua duitnya diberi sampai ada duit 1,000 dirham. Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat belas ribu dua puluh ringgit (RM14,020).
Perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan hasil kutipan duit raya tersebut kerana nilainya melebihi jumlah pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu RM10,000.
"Normal la, umi dia terkenal, walid dia pun terkenal... jumpa orang kaya-kaya. Jadi, apa nak hairan. Aku sekali pergi rumah orang kaya dapat RM200."
"Datuk, nenek dia semua pangkat Datuk Datin kenalan pun Datuk Datin Tan Sri Puan Sri. Rezeki Bilal la dapat duit raya banyak macam itu," antara komen netizen.
Biarpun ramai netizen yang melahirkan rasa syukur melihat rezeki anak pasangan itu, namun terdapat antara mereka yang memberi pandangan bahawa perkongsian itu tidak sesuai kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.
Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal pada 31 Januari 2022.