Seni & Sukan 04 Nov, 2020

Penjenamaan semula! 1,050 MPKK Terengganu ditukar jadi JPKK

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

KERAJAAN Terengganu akan menukarkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada Jawatankuasa Pembangunan  dan Keselamatan Kampung (JPKK) membabitkan 1,050 kampung di seluruh negeri itu bermula 1 Januari 2021. Pejenamaan semula MPKK itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Nasional yang mengabungkan tiga parti yang disertai oleh Pas, UMNO serta Bersatu. : KitaReporters 


LOGO MPKK yang akan ditukarkan kepada JPKK bermula awal tahun 2021


Lagi cerita-cerita berkaitan MPKK:

https://kitareporters.com/search?search=MPKK


Selain itu, penjenamaan tersebut disasarkan untuk memantapkan lagi pentadbiran peringkat kampung di bawah pengurusan  Ahli Jawatankuasa baru yang akan dilantik tidak lama lagi

Ketika ini, pentadbiran serta keselamatan bagi setiap kampung di bawah pengurusan MPKK berkenaan dan tempoh pelantikan mereka akan tamat pada 31 Disember 2020.


DR. AZMAN IBRAHIM



Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, 1,050 buah MPKK itu termasuklah tiga buah MPKK di Kampung Baru untuk masyarakat Cina di negeri itu. 

Beliau berkata, apabila JPKK itu diwujud nanti kerajaan akan menambah lagi bilangan Ahli Jawatankuasa yang ada sekarang daripada 15 orang kepada 20 orang

``Gabungan tiga parti berkenaan dapat memupuk semangat kerjasama untuk memajukan pembangunan serta keselamatan penduduk kampung terbabit. 

``Melalui sikap muafakat itu segala perancangan serta projek pembanguan yang bakal dilaksanakan itu demi manfaat masyarakat setempat dapat berjalan dengan sempurna,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mesyuarat Perlantikan JPKK 2021 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman Negeri Terengganu pada hari Isnin, 2 November 2020. 

Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jabi memberitahu,  proses pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baru itu akan dilakukan tidak lama lagi selepas mendapat surat arahan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri.


PENDAPAT seorang pembaca mengenai JKPP


Menurut beliau, Pejabat ADUN dan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan masing-masing boleh mencadangkan nama-nama ahli jawatankuasa yang baru itu untuk dihantar ke  Jawatankuasa Panel Penilaian JKPP di setiap daerah di negeri itu. 

Dalam hal lain, Dr. Azman berkata, pada tahun 2019, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 bagi setiap MPKK untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat masyarakat kampung. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested