Seni & Sukan 13 Nov, 2020

Siapa nak beli? Amerul Affendi nak jual trofinya! Perli ke?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

BENARKAH industri lakonan Malaysia hanya memandang pelakon yang mempunyai rupa paras yang elok dan jumlah pengikut dalam media sosial? Ibaratnya kalau kau handal berlakon macam mana sekalipun dan pernah menerima pelbagai anugerah, tapi kalau tiada rupa-paras dan jumlah pengikut dalam media sosial yang ramai, jangan harap ada penerbit atau pengarah nak ambil berlakon. : KitaReporters


Pelakon berbakat seperti Amerul jarang dipandang oleh stesen televisyen kerana tidak mempunyai pengikut yang ramai dalam media sosial.


Lagi kisah-kisah berkaitan pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Ya, itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh segelintir pelakon yang berkelayakan. Nampak kejam dan tidak adil tetapi itulah permainannya!

Berbeza dengan industri lakonan di Barat terutamanya Hollywood, mereka tidak memandang hal sedemikian sebaliknya anugerah yang diterima diterima sebagai bukti pencapaian dalam kerjaya. Biar tak ramai pengikut dalam media sosial, asalkan mempunyai anugerah sudah cukup membuatkan seseorang pelakon itu dipandang tinggi dan ditawarkan berlakon.

Itulah yang dirasai pelakon hebat Amerul Affendi atau nama penuhnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi terhadap industri lakonan tanah air.


Antara anugerah yang pernah diterima oleh Amerul.


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini pernah meluahkan rasa kecewanya apabila ditolak untuk berlakon oleh sebuah stesen televisyen terkenal gara-gara tidak mempunyai pengikut yang ramai dalam media sosial pada Ogos 2020 lalu.

Terbaharu, menerusi laman Twitter, Amerul sekali seakan-akan meluahkan perasaanya apabila memuat naik gambar trofi anugerah yang pernah dimenanginya dengan kapsyen yang berbau sindiran.

“Siapa nak beli? Sebab benda dah jadi hobi tak perlukan semua ni. Kalau ia kerjaya atau omputeh (orang Barat) sebut "keria" (karier) ia perlu sebagai bukti pencapaian kerjaya kita.

“Tapi di sini itu tak penting. Kayu ukurnya tak perlu dikhabarkan lagi, semua dah tahu,” tulisnya berserta tanda pagar #kerjakampung dan #hobiberlakon seolah-olah menyindir industri lakonan tanah air.



Amerul kesal anugerah yang dimilikinya tidak dijadikan kayu pengukur dalam kerjayanya.


Hantaran Amerul itu turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang turut meninggalkan komen ringkas dengan meletakkan emoji sedih.


Adibah Noor turut simpati dengan apa yang berlaku ke atas Amerul.


Dalam hal ini, agak sukar untuk diperkatakan kerana industri lakonan adalah satu perniagaan buat stesen-stesen televisyen. Jadi, nak tak nak mereka kena ikut selera pelanggan yakni penonton, yang mahu pelakon-pelakon mempunyai rupa paras elok walaupun tidak pandai berlakon.

Walaupun dalam media sosial mereka mengecam kononnya pelakon itu kayu dan harapkan wajah sahaja, tetapi hakikatnya drama yang dibintangi si pelakon kayu itu tetap juga mendapat sambutan luar biasa! Jadi, salah siapa?

Amerul hanya mempunyai pengikut dalam Instagram seramai 294,000 orang dan Twitter pula seramai 23,200 orang. 

Semoga satu hari nanti bakat luar biasa Amerul akan dipandang oleh orang luar. Sayang seribu kali sayang pelakon berbakat seperti Amerul hanya 'diperam' sebagai hiasan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested