Seni & Sukan 22 Mar, 2022

Video| Terbaiklah DSV! MV Ku Ikhlaskan lepasi 1j tontonan! Hasil tontonan untuk siapkan tahfiz!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Wow... Video muzik (MV) lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Datuk Seri Vida (DSV) benar-benar trending. selepas 24 jam dilancar jumlah tontonan membuat kejutan dengan angka melebihi sejuta.

Ia mengatasi MV single pertamanya kira-kira 4 tahun lalu ‘I Am Me’ yang hanya menerima 50,000 tontonan selepas dua hari dilancar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan video muzik


Baharu 30 jam dilancar MV itu mencapai tontonan satu juta pada jam 9 pagi, Rabu, 22 Mac 2022. Jumlah tontonannya bergerak pantas. Pada jam 6 petang, jumlah tontonannya mencapai meghampiri 1.3 juta.

Pencapaian ‘Ku Ikhlaskan’ mengatasi kejayaan ‘single’ sulungnya  kira-kira empat tahun lalu. Kemampuan MV ‘Ku Ikhlaskan’ mendapat tontonan mendadak adalah atas dua sebab.




Sebab pertama ialah DSV berjaya membuktikan dia mampu menyanyi lagu berunsur balada dengan baik. Melodi dan lirik lagu itu meresap ke jiwa pendengar.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, lagu ciptaan Amy Ukays bersamanya dan lirik tulisannya itu bukan sekadar luahan kisah peribadi, tetapi sarat dengan emosi duka lara yang dialaminya.

Sebab kedua ialah kualiti MV itu menelan kos kira-kira RM400 ribu dan lima hari untuk disiapkan dan menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan Cameron Highlands.

DSV memakai aksesori mewah dan ‘agak luar biasa’ yang menarik untuk ditonton. Ternyata DSV benar-benar bersedia untuk menjadikan MV ‘Ku Ikhlaskan’ trending dan tular



Sementara itu, menurut DSV dia mahu menjadikan lagu dan MV ‘Ku Ikhlaskan’ sebagai saham akhiratnya.

Ia bermakna, DSV akan menyumbangkan hasil daripada tontonan klip video itu untuk menyiapkan pusat tahfiz yang dalam pembinaan iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Menurut Vida, lagu ciptaan Amy Ukays bersamanya dan lirik tulisannya itu bukan sekadar luahan kisah peribadi, tetapi sarat dengan emosi duka lara yang dialaminya.

Dia percaya lagu itu mampu menjadi trending luar dugaan setelah menyelesaikan penggambaran MV-nya yang menelan kos kira-kira RM400 ribu itu, namun tdak menyangka angka tontonan meningkat dengan lebih pantas daripada jangkaan.

DSV mengucap terima kasih kepada masyarakat Malaysia yang memberi sokongan terhadap lagu itu. 

Sambutan luar biasa terhadap MV ‘Ku Ikhlaskan’ menjadi perangsang untuk DSV menjadi penyanyi profesional selain bergiat dalam bidang perniagaan

Dalam pada itu, MV lagu Ku Ikhlaskan tu sudah pun dibuat parodinya. - KitaReporters


15
14
0
19
1
You will be interested