Seni & Sukan 25 Mar, 2022

Tolong kami! Bantu kempen Islamic Relief! Dana Wakaf Sistem Air! Tawaran lebih 10,000 lot wakaf!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


ISLAMIC Relief Malaysia terus proaktif menjalankan projek bekalan air bersih di tiga buah negara iaitu Somalia, Bangladesh dan Indonesia dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM1 juta menerusi kempen Dana Wakaf Sistem Air (DWAS)

Pelancaran kempen di bawah sektor air, sanitasi dan kebersihan diadakan pada 22 Mac 2022 lalu bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia 2022 dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2022


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Islamic Relief


Umum mengetahui, air adalah sumber penting dalam memastikan kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuh-tumbuhan.  

Ia juga turut memainkan peranan dalam menjana pertumbuhan ekonomi bagi sektor pertanian, perindustrian dan perikanan serta berperanan penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar dan menstabilkan suhu global.  



“Melihat kepada data yang dikeluarkan oleh UNICEF, seramai 2.2 bilion penduduk di seluruh dunia kini menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber air bersih untuk diminum dan disebabkan itu, 3.4 juta orang terutama kanak-kanak maut setiap tahun akibat penyakit bawaan air impak daripada ketiadaan akses kepada air bersih tadi. 

“Jadi, tindakan pantas perlu dilakukan bagi mengekang masalah ini kerana kesan ketiadaan sumber air bersih sangat besar, bahkan menurut UNICEF, jika isu ini terus berlarutan, berbilion-bilion kanak-kanak dan keluarga rentan akan hidup dalam keadaan lebih kritikal menjelang tahun 2030,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia dalam satu kenyataan media pada 22 Mac 2022 lalu. 



Kempen berslogan #setitisharapan ini menawarkan lebih 10,000 lot wakaf bermula harga serendah RM50 menerusi lima intervensi pembinaan sistem bekalan air yang akan memberi sinar baharu kepada lebih 15,000 penerima manfaat

Maklumat lanjut seperti berikut: 


“Selain mewujudkan akses sumber air bersih kepada para penerima manfaat, Islamic Relief turut memberikan latihan penjagaan serta kursus baik pulih kepada ahli jawatankuasa setempat yang dilantik bagi memastikan kemudahan yang diberikan diurus tadbir serta diselenggara dengan baik pada masa akan datang,” kata Zairulshahfuddin. 


 


Islamic Relief Malaysia memilih Somalia sebagai salah satu lokasi projek sebagai kesinambungan kejayaan pembinaan dua kompleks telaga air pada tahun 2018 dan satu kompleks air pada awal tahun 2021 hasil sumbangan orang ramai menerusi kempen Dana Wakaf Air Somalia (DWAS 1.0) dan Dana Wakaf Air Somalia 2.0 (DWAS 2.0) sebelum ini. 

Usaha ini juga diharapkan dapat memberi penyelesaian jangka masa panjang kepada rakyat Somalia yang diancam kebuluran sejak tahun 2011. 

Di Bangladesh, Islamic Relief Malaysia berharap dengan adanya kemudahan ini dapat mengurangkan peratusan 73 juta penduduk Bangladesh yang terpaksa menggunakan air tercemar dengan kandungan arsenik dan virus E. Coli bagi kegunaan harian kerana ia boleh mengakibatkan masalah cirit-birit, jangkitan kolera dan penyakit usus atau disentri (dysentry). 

Di Indonesia pula, Bank Dunia melaporkan bahawa meskipun pendapatan per kapita negara itu lebih tinggi daripada Filipina dan Vietnam, namun Indonesia masih jauh ketinggalan dari sudut kemudahan air, sanitasi dan kebersihan. Pembuangan najis secara terbuka juga masih berlaku dan ia boleh mengakibatkan sumber air tercemar serta membawa kepada penularan penyakit cirit-birit. 



Justeru, Islamic Relief Malaysia sangat berharap agar usaha murni ini mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban para penerima manfaat serta menyokong Matlamat Pembangungan Lestari (SDG) yang ke-6 iaitu memastikan semua lapisan masyarakat di seluruh dunia mendapat akses kepada bekalan air bersih dan sistem sanitasi yang baik

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut. - KitaReporters

14
10
0
12
0
You will be interested