Seni & Sukan 20 Nov, 2022

Video| Jom kita cari Minion tular! Tumpuan pengunjung Teluk Chempedak! Gelagat comel, mencuit hati!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


SEKIRANYA berkunjung ke tempat peranginan atau rekreasi tentunya kita pernah berjumpa dengan maskot berkostum pelbagai watak 'superhero' serta kartun termasuklah makhluk berwarna kuning iaitu 'Minions'.

Minion Teluk Chempedak kini kian menjadi tumpuan sehingga orang ramai yang berkunjung ke pantai peranginan popular di Kuantan, Pahang ini tidak lepaskan peluang merakam video gelagatnya dan memuat naik dalam media sosial khususnya TikTok.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan animasi atau kartun



Bukan hanya kanak-kanak yang terhibur dengan gelagat 'Minion viral' ini, malah golongan dewasa juga turut teruja dan tidak lepaskan peluang bergambar bersama selain teruja untuk tahu siapa gerangan sebenar sebalik kostum.

Melalui perkongsian video dalam TikTok @suprise_me_kuantan.pekan, Minion viral menerima hadiah berupa 'bouquet' dari seorang kanak-kanak perempuan yang terus berlari sejurus melihatnya.

"Ni Minion viral tu kan, berpusing-pusing Kak El cari. Sejam dia tunggu Minion, happy sangat nampak Minion comel.

"Bagi hadiah kat minion sebab selalu happykan orang. Kak El sayang Minion," kata-kata tertulis pada video.



Menerusi TikTok @nitanorazlia pula, jelas menunjukkan keterujaannya apabila dapat berjumpa dan bergambar dengan Minion viral.

"Patutlah ramai orang terhibur dengan awak, lincah orangnya. Ramai peminat macam retis dah, jalan sikit je orang panggil nak bergambar.

"Termasuklah aku. Terima kasih sentiasa menghiburkan orang, semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki," tulisnya pada video dimuat naik.



Gara-gara Minion viral, ada yang sanggup ke Teluk Chempedak hanya semata-mata ingin melihat gelagat makhluk kuning berkenaan selain titip kata-kata semangat untuk terus tabah mencari rezeki halal dengan hiburkan orang ramai. - KitaReporters


22
14
0
9
0
You will be interested