Ketika kempen pilihan raya Indonesia atau lebih tepat Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2024 bagi kerusi Parlimen dan Negeri (Wilayah) baru-baru ini sedang rancak berlangsung, papan iklan (billboard) adalah salah satu cara diguna untuk berkempen.
Setiap billboard berukuran 3 X 4 meter mengenakan bayaran antara Rp10 juta sehingga Rp20 juta (RM3 ribu hingga RM6 ribu) sebulan. Setiap calon membeli puluhan sehingga ribuan billboard sampai menjadikan sesebuah bandar ‘banjir’ dengan kemunculan billboard para calon.
Bayangkan setiap kawasan bertanding mempunyai sekurang-kurangnya dua penjuru pertandingan sudah cukup meriah, apa lagi jika lebih ramai bertanding.
Namun setelah diamati billboard itu ada kelainannya. Ia bukan untuk promosi calon pilihan raya, sebaliknya ucapan selamat hari lahir daripada seorang suami buat isterinya.
Billboard ulang tahun ini tular setelah dimuat naik dalam TikTok @awhehee. Ia telah ditonton lebih 2 juta kali. Ia mendapat respons positif daripada para netizen.
Ramai yang memuji cara si suami menghargai hari lahir si isteri.
Billboard itu mula dipapar pada Rabu 25 November 2020 iaitu pada hari jadi isterinya, Delta Hesti ke-28. Tulisan dalam billboard itu ditulis 'Happy Birthday Delta Hesti yang Punya Nginden Semolo'.
Menurut Tomli dia ingin membuat kelainan dalam meraikan ulang tahun isterinya dengan cara sedemikian lalu mengeluarkan belanja Rp25 juta (kira-kira RM7,500) untuk billboard itu. - KitaReporters