Seni & Sukan 22 Feb, 2023

Video| Mas Idayu tak mahu turunkan levelnya! Dah banyak kali jadi juri tetap! Tak akan sertai GV10!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


NAMA Mas Idayu bukan asing lagi di Malaysia dek kerana sering memberi komen-komen pedas setiap kali menjurikan sesuatu pertandingan nyanyian.

Paling terbaharu ketika program Famili Duo di TV3 di mana beliau telah memberi komen pedas kepada Sissy Imann. 

Susulan daripada itu, warganet memintak Mas Idayu untuk memasuki program Gegar Vaganza (GV) dan soalan yang sama sekali lagi diutarakan oleh penyampai radio Segmen 3 Pagi Era, Nabil Ahmad.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Mas Idayu



Jawapan Mas Idayu daripada soalan Nabil itu adalah ia satu permintaan kurang bijak untuk beliau memasuki GV. 

Menurut penyanyi dangdut ini, jika tawaran itu hadir 12 tahun lalu, beliau akan sertai mana-mana pertandingan sahaja namun jika sekarang, ia sudah tidak relevan lagi. 

Hal ini kerana, dirinya salah satu juri tetap dalam pelbagai pertandingan nyanyian di Malaysia dan ia tidak patut diturunkan lagi level atau tahap seseorang itu. 

Bila mana sudah menjadi juri, bila masuk pertandingan, ia bukan satu tindakan bijak kerana ibarat merendahkan level orang itu sendiri. 

Harapan warganet untuk melihat beliau masuk GV musim ke-10 (GV10) nampak tidak kesampaian. 

Ada betul juga apa yang perkatakan itu bagi seseorang yang sudah lama menjuri, tidak perlu lagi memasuki pertandingan untuk menaikkan nama artis itu. - KitaReporters


8
10
0
13
0
You will be interested