Seni & Sukan 16 Nov, 2025

Video| Kemenangan berganda! Tahniah Sweet Qistina! 2 kemenangan dalam 2 minggu! FFM dan AIFFA!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Setelah 21 tahun terbabit dalam bidang lakonan bermula dengan ‘Udin dan Noni’ di TV Pendidikan pada 2004, tahun 2025 menjadi tahun penuh bermakna bagi Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28.


Dalam tahun 2025, Sweet Qismina berjaya memperoleh dua anugerah yang mengiktiraf bakat  lakonannya. 

Pada Sabtu, 1 November 2025 lalu, Sweet Qismina diumum sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FMM) ke-34. 

Dan pada Sabtu, 15 November 2025, dia menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN atau AIFFA 2025) di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching, Sarawak.

Sweet Qismina yang membawa watak Maya dalam filem ‘Babah’ menewaskan Hong Dao-chi Dau dari Vietnam, Imelda Budiman (Indonesia), Zulfa Maharani (Indonesia) dan Katrina Halili (Filipina).

Sweet Qismina meluah rasa syukur ketika berucap selepas memang

Sweet Qismina dalam ucapannya pada majlis itu meluahkan ucapan terima kasih kepada barisan juri yang memilih dia, juga pihak penerbitan filem ‘Babah’ kerana memberi kepercayaan kepadanya dan ibunya yang sentiasa memberi galakan. Dia berjanji akan menambah baik kualiti lakonan. 

Anugerah ini untuk Malaysia, tambahnya.

Sweet Qismina yang juga isteri kepada pelakon Adam Lee pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 pada 2016 bagi kategori ‘Artis Baru Wanita Popular’ dan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL 2024) bagi ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik’.



Malaysia menggondol  3 kemenangan dalam AIFFA 2025. 

Selain Sweet Qismina sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, filem ‘Abang Adik’ berjaya memperoleh kategori Pelakon Lelaki Terbaik melalui Wu Kang-Ren, manakala filem ‘Tegkang’ meraih Anugerah Khas Juri.


Sweet Qistima bangga merangkul dua anugerah dalam sebulan dan pendorpng untuk membaiki mutu lakonan.

AIFFA dianjur sejak 2013 dan bagi 2025 ia mengangkat tema ‘Under The Star’. 

Filem ‘Tenement’ dari Kemboja diumum sebagai Filem Terbaik. Ia menewaskan enam karya lain  iaitu ‘Inside the Yellow Cocoon Shell’ (Vietnam), ‘Some Nights I Feel Like Walking’ (Filipina), ‘Abang Adik’ (Malaysia), ‘The Gospel of the Beast’ (Filipina), ‘Crocodile Tears’  (Indonesia) dan ‘Home Sweet Loan’ (Indonesia).

Sementara, kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi aktres Indonesia, Yunita Siregar yang menampilkan lakonan luar biasa dalam filem ‘Home Sweet Loan’.

Bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula dimenangi aktor dari Filipina iaitu Ronnie Lazaro menerusi filem ‘The Gospel of the Beast’.

Beberapa insan seni Malaysia turut hadir di majlis itu untuk menyampai hadiah. Antaranya Erma Fatima dan Datuk Yusof Haslam. 

Bagi persembahan hiburan ia turut dijayakan oleh Datuk M Nasir, Mimi Fly, Ruth Sahanaya dan Vince Chong. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir.


Filem Kemboja 'Tenement' dipilih sebagai filem terbaik


Sweet Qismina pada asalnya tidak menghadirii festival itu kerana mempunyai kerja di Kuala Lumpur. Namun akhirnya mengubah keputusan setelah dipujuk penerbit filem ‘Babah’,  Nads Media Entertainment.
Dan bagi Sweet Qistima ia benar-benar rahsia Tuhan bila diumumkan sebagai pemenang. Dia datang ke Kuching ditemani ibunya. - KitaReporters

Senarai pemenang pada AIFFA2025:

Filem Terbaik: ‘Tenement’ (Kemboja)

Pelakon Lelaki Terbaik: Wu Kang-Ren (‘Abang Adik’) Malaysia

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ronnie Lazaro (‘The Gospel of the Beast’) Filipina 

Pelakon Wanita Terbaik: Yunita Siregar (‘Home Sweet Loan’) Indonesia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sweet Qismina (‘Babah’) Malaysia

Anugerah Khas Juri Pertama: ‘Tegkang’ (Malaysia)

Anugerah Khas Juei Kedua: 'Waiters' (Brunei)

11
14
0
7
0
You will be interested