Seni & Sukan 20 Dec, 2024

Bebaskan dan semarakkan bidang seni! Termasuk yang bersifat kritikal terhadap kekuasaaan! - Anwar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



Tiba masanya untuk seni bergerak dengan bebas dan disemarakkan, termasuk yang bersifat kritikal terhadap kekuasaan dalam apa jua bentuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "seni sebagai wahana yang menyatukan semestinya menjadi sisi penting dalam usaha membangun serta membina bangsa. 

"Justeru, dewasa ini seni seharusnya bergerak dengan bebas dan disemarakkan, termasuk yang bersifat kritikal terhadap kekuasaan dan dalam apa jua bentuk."

Terdahulu Perdana Menteri hadir bersama dalam memeriahkan malam kesenian berjudul ‘Manifestasi Tiga Seni’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir pada malam 18 Disember 2024. 

Majlis berkenaan menghimpun karya-karya seni dari pelbagai cabang; baik puisi, seni lukis dan muzik. 



Acara ini juga diadakan sebagai kesinambungan kepada acara yang sama yang pertama kali digerakkan lewat 1970-an sebagai sebahagian daripada kerangka melonjak negara selepas tragedi hitam 13 Mei. 

Anwar menambah, "semangat negara yang madani menganjur serta memupuk nilai daya cipta dan kreativiti, dan kita sebagai masyarakat harus menghayati dan meraikannya agar negara ini berjaya dan melonjak."

Acara malam 18 Disember 2024 itu selain menampilkan sesi deklamasi sajak dan puisi oleh sasterawan, penyair dan para pendiri seni, ia turut dimeriahkan dengan dendangan muzik dari Azizul Hakim, Asmidar dan antara legenda besar tanah air Datuk Ramli Sarip. 

Penghargaan setingginya kepada DBP dan Syarikat Mik & Bell Production Sdn. Bhd. dan Edaran kerana menjayakannya. - KitaReporters/Kenyataan Media



11
14
0
9
0
You will be interested