Seni & Sukan 04 Sep, 2023

Pendapat| Siapa boleh realisasikan impian emas pertama badminton Olimpik! Khairy atau Tengku Zafrul?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Mohamad Norza Zakaria mengumumkan akan meninggalkan jawatan Presiden BAM pada akhir tahun 2023. - Kredit foto: Instagram Norza Zakaria.


Dua nama besar ketika ini hangat diperkatakan apabila bakal menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku Presiden untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas beliau membuat kejutan untuk melepaskan jawatan tersebut sebaik berakhir tahun 2023. 

Antara nama itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) antara individu dikaitkan akan menjadi individu penting dalam persatuan itu. 

Melihat nama figura ini, kedua-dua mempunyai kelebihan dan mereka diyakini mampu membawa perubahan dalam BAM untuk mencipta kejayaan lebih besar terutama pada Olimpik Paris 2024. 


Tengku Zafrul mempunyai minat dalam sukan dan masih aktif sehingga ke hari ini dalam bersukan. - Foto Instagram: Tengku Zafrul 


Bagi Tengku Zafrul, beliau dilihat mempunyai kelebihan dari segi untuk mencari penajaan serta mengukuhkan kewangan persatuan apatah lagi beliau ketika ini merupakan menteri pelaburan dan bekas menteri kewangan serta pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perbankan negara. 

Sementara KJ pula semua orang tahu keupayaan beliau dalam menjalankan tugas ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan sebelum ini. Dengan usia masih muda dan reputasi yang telah dicipta selain amat dekat dengan atlet negara, sudah pasti ia akan memberi sedikit kemudahan buat dirinya. 

Beliau juga berjaya membawa Malaysia menjuarai keseluruhan Sukan SEA 2017 ketika Malaysia menjadi tuan rumah dan dirinya sendiri menjadi penyumbang emas pada sukan dwitahunan itu.  


KJ pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan dan cukup rapat dengan atlet. Ini mungkin satu kelebihan buat dirinya. - Kredit foto: Instagram Khairykj


Dari segi persamaan, kedua-dua aktif dalam sukan dan track rekod mereka cukup baik jika kita lihat. 

Bagi Tengku Zafrul beliau mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lebih lanjut berkenaan isu ini kerana ia masih belum ada kesahihan. 

"Maaf, saya tiada komen mengenai perkara ini," katanya kepada Berita Harian. 

Bagi Norza nama-nama yang disebutkan itu sememangnya mempunyai kredibiliti dan boleh menjawat jawatan yang ditinggalkan itu nanti. 

Persoalannya, siapakah paling layak untuk memegang jawatan nombor satu BAM? Mampukah individu itu merealisasikan impian emas pertama pada Olimpik dalam acara badminton nanti? - KitaReporters

14
11
0
6
0
You will be interested