Seni & Sukan 28 Jul, 2022

Video| Liga Super 2022: JDT kukuhkan cengkaman liga! Catat kemenangan mudah lawan Sarawak United!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga selepas mencatat kemenangan mudah 4-0 ke atas Sarawak United FC dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Negeri, Kucing, Sarawak pada malam tadi (27 Julai 2022). 

Biarpun JDT selaku pasukan pelawat namun mereka dilihat lebih selesa berada di atas padang dengan hantaran pendek dan serangan pantas. 

Lain pula untuk Sarawak United yang cuba bermain bertahan dan sekali sekala melancarkan serangan balas. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Serangan bertali arus JDT akhirnya berjaya membuka tirai jaringan hasil tindakan bijak daripada La'Vere Corbin-Ong yang melakukan lontaran pantas lalu disempurnakan dengan baik oleh Hazwan Bakri pada minit ke-13. JDT tidak perlahankan permainan sebaliknya terus melakukan serangan untuk menambah gol. 

Berpunca dari sepakan penjuru, Burgson Da Silva yang tidak dikawal oleh mana-mana pemain terus menghukum Sarawak United untuk gol kedua JDT.  



Sarawak United yang cuba bangkit namun mereka masih gagal untuk menembus kawasan JDT dan ia menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sekurang-kurangnya percubaan tepat. 

Kemasukan Fernando Forestieri menambahkan lagi sengat JDT di bahagian serangan dan gantingan bersama Burgson ternyata memberi pelbagai masalah kepada bahagian pertahanan Sarawak United. 

Sarawak United mempunyai peluang untuk mencari gol pertama melalui sepakan percuma namun Farizal Marlias berjaya menindakkan sepakan itu. 



JDT menambah jaringan ketiga menerusi Syahmi Safari hasil hantaran cantik daripada Forestieri pada minit ke-79 dan Forestieri melengkapkan kemenangan besar JDT selepas mudah menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-90. 

Kemenangan ini menjarakkan lagi kedudukan mereka selaku pendahulu liga dan JDT masih berbaki satu perlawanan. - KitaReporters


14
11
0
7
0
You will be interested