Seni & Sukan 11 Sep, 2020

Hadiahkan komputer! Isteri sokong Nadzmi sambung buat master

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

CITA-CITA dan impian akan menjadi lebih membara sekiranya mendapat sokongan daripada orang sekeliling terutama mereka yang disayangi. Itulah yang terjadi kepada pelakon dan pengacara popular, Nadzmi Adhwa apabila mendapat sokongan daripada isterinya, Ardell Aryana untuk sambung belajar ke peringkat master (ijazah sarjana). : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan ijazah:

https://kitareporters.com/search?search=ijazah


Walaupun sudah berusia 28 tahun dan bergelar suami serta ayah, ia tidak menghalang untuk Nadzmi menyambung pelajaran. Nadzmi bukanlah satu-satunya golongan artis yang menyambung pelajaran ketika usia sudah lewat.

Sebelum ini ada beberapa artis popular melakukan perkara yang sama seperti Fattah Amin, Tomok dan Zed Zaidi.

Nadzmi berkongsi momen indah dalam media sosial bagaimana dia mendapat sokongan daripada isterinya. Malah, dia rasa terharu dan berterima kasih kepada isteri kerana sering menyokongnya.

Dalam video yang dikongsinya itu, kelihatan satu nota kecil dan sebuah komputer jenama terkenal sebagai hadiah dan tanda sokongan daripada isterinya.


“Balik balik je dia tinggalkan nota kecil atas meja. Terima kasih sebab selalu sokong saya dalam apa juapun. Dia kata dia dengan Urwa, peminat nombor satu saya.

“InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD InsyaAllah! Kawan baik saya ini tahu segala-galanya tentang saya dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya,” tulisnya.



Sementara itu, netizen turut menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Nadzmi.

“Wah, sweetnya dapat pasangan selalu sokong belajar. Sama-sama menyokong baru best belajarkan,” tulis salah seorang netizen.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested