Seni & Sukan 08 Aug, 2020

Belilah di Watsons! Peluang menang kereta, insurans percuma!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SEMPENA meraikan ulang tahun ke-10, kedai rantaian penjagaan kesihatan dan kecantikan terbesar di Asia, Watsons, yang sedar bahawa peperangan melawan COVID-19 masih belum selesai, mahu menghadiahkan insurans hayat Prudential Assurance Malaysia secara percuma kepada anggota baharunya dan yang sedia ada. - KitaReporters

Dari kiri: JinnyBoy, Caryn Loh dan Danny Hoh menggalakkan pengguna guna e-dompet.


Dengan perlindungan COVID-19, insurans hayat itu antara sumbangan Watsons kembali kepada pelanggannya, sekali gus mendorong semua rakyat Malaysia untuk melindungi diri mereka.

“Pada masa yang sama, hadiah menarik disertakan dengan peluang memenangi Nissan Almera yang baru ketika ahli Watsons berbelanja dan membayar dengan e-dompet Touch N’ Go di kedai Watsons di seluruh negara, ” ujar Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia kepada media.


Malah, menurut Danny Hoh, untuk menyemarakkan perayaan ulang tahun yang juga jatuh pada bulan kemerdekaan negara, ahli-ahli Watsons berpeluang memenangi hadiah harian yang akan dipaparkan dalam halaman Facebook Watsons Malaysia sehingga 31 Ogos 2020 ini, dengan jumlah hadiah bernilai lebih RM20,000.

Lebih menarik lagi, Watsons turut mengadakan kempen ‘Watsons Syokathon Sale’ dengan potongan harga sehingga 50% waima ahli-ahli Watson dapat menikmati diskaun tambahan hingga 30% untuk membeli lebih 1,000 produk yang tersedia di kedai dan juga dalam talian Watsons.


“Kami sangat gembira kerana dapat memberikan tawaran luar biasa kepada ahli kami bagi meraikan kejayaan selama 10 tahun bersama-sama. Jumlah keahlian Watsons telah meningkat dengan mendadak sepanjang tempoh ini dan kami sentiasa mengekalkan tawaran hebat bagi ahli sebagai tanda penghargaan. 

“Terima kasih kepada semua ahli dan pelanggan yang setia kerana mempercayai Watsons sejak sedekad yang lalu dengan terus memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan lancar di kedai dan juga dalam talian, ” sambung Caryn Loh selaku Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.

Tambah Caryn Loh, memandangkan peperangan dengan Covid-19 masih belum selesai, semua rakyat Malaysia perlu memakai pelitup muka untuk melindungi diri, di samping menjaga jarak fizikal semasa di khalayak ramai.

Dalam pada itu, dengan usaha sama e-Penjana kerajaan Malaysia, ahli Watsons juga dapat memperoleh hadiah sehingga RM10 dalam e-dompet pilihan mereka seperti Boost, Touch N’ Go dan GrabPay apabila mereka berbelanja dengan jumlah minimum RM100 di semua kedai Watsons di seluruh negara. 

Jinnyboy mengejutkan seorang pelanggan di Watsons dengan hadiah kek cawan.

“Saya bangga menjadi ahli Watsons kerana saya selalu disambut dengan ramah dengan begitu banyak tawaran di Watsons. Malah keluarga saya juga telah menjadi ahli Watsons sejak bertahun-tahun yang lalu, dan sekarang lebih senang untuk membeli-belah di Watsons kerana ia juga tersedia secara dalam talian, hanya dengan satu klik sahaja dan pesanan saya dihantar ke rumah saya. Sangat mudah,” komen seorang pencipta kandungan dalam talian termasyur di Malaysia, Jinnyboy selaku Duta Watsons.

Jualan ‘Watsons Syokathon’ akan berlangsung di semua kedai Watsons di seluruh negara dan juga dalam talian sehingga 31 Ogos 2020 ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.watsons.com.my atau untuk perkembangan semasa layari Facebook Watsons Malaysia dan juga Instagramnya. - KitaReporters

4
0
0
0
0
You will be interested