LAGU Hantu Atau Buaya yang berentak moden dan catchy dendangan Nana Sheme, adalah di antara 10 buah lagu yang menjadi pilihan ramai pengunjung pusat karaoke Red Box sepanjang tahun 2015. Orang ramai amat menyenangi vokal Nana Sheme yang mendendangkan lagu ciptaan DJ Fuzz dan Adeep Nahar itu, tapi mereka tidak mengenali wajah di sebalik suara tersebut. : KitaReporters
Nana Sheme harap penyertaan dalam Big Stage 2020 mampu menonjolkan diirnya kepada orang ramai.
Lagi cerita-cerita berkaitan Big Stage:
https://kitareporters.com/search?search=Big+Stage
Bagi Nana Sheme atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Hashimi, 25, populariti lagu lebih menyerlah berbanding penyanyi, bukan penghalang untuk beliau tidak meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Sebaliknya, Nana mahu menggunakan peluangnya sebagai salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 untuk mempromosikan diri.
“Sejujurnya,
Nana sedar yang orang lebih mengenali lagu Hantu Atau Buaya berbanding diri
Nana, jadi kenalah terima kenyataan itu. Lagipun selepas lagu itu sedang
popular, Nana ada berehat selama dua tahun daripada industri.
“Bagi Nana, menyertai Big Stage ini adalah peluang yang sangat besar dan menganggap ini adalah peluang kedua untuk Nana melakar nama dalam industri,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Big Stage 2020, baru-baru ini.
Lagu Hantu Atau Buaya lebih popular berbanding diri Nana Sheme.
Anak sulung daripada empat beradik itu tidak mengambil mudah peluang yang diberkan oleh pihak Astro kepadanya. Sebagai persediaan untuk bersaing pada 16 Ogos 2020 ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Nana memberitahu yang beliau ada mengikuti kelas vokal.
“Bagi Nana
setiap lagu ada variasi, sebagai persediaan Nana mengambil kelas vokal.
Walaupun dah bertahun menyanyi, ini kali pertama Nana sertai kelas vokal sebab
masuk Big Stage. Nana anggap ini peluang untuk Nana mengatur langkah semula
dalam industri muzik.
“Nana tak
nak ambil peluang ini for granted, Nana nak belajar juga macam mana nak lontar
suara itu. Macam mana orang boleh nyanyi tinggi, sebab lagu Nana datar dan fun.
Kali ini Nana nak cabar diri sebab ini adalah pertandingan,” katanya.
Sedia terima komen daripada pihak juri dengan hati terbuka.
Sepanjang
menyertai program Big Stage 2020, peserta akan dibimbing oleh Cikgu Syafi atau
nama penuhnya, Syafizawati Sharif untuk vokal dan dari segi persembahan pula
oleh Hanafi.
Beliau yang
mula bergelar penyanyi pada usia 18 tahun mengakui Big Stage merupakan
pertandingan berskala besar yang pertama disertainya.
“Nana tak pernah
masuk mana-mana pertandingan. Nana sedikit berbeza dengan peserta lain yang
pernah merasa macam mana dinilai oleh juri dan mengatur strategi untuk
persembahan. Dari segi vokal mereka tak dinafikan sangat power.
“Dalam
pertandingan ini, Nana nak belajar daripada peserta lain yang sudah ada
pengalaman. Nana mengambil kesempatan itu sebagai peluang untuk belajar
daripada mereka. Kalau boleh memanglah nak jadi juara sebab Nana tak pernah
betul-betul fokus pada pertandingan sebelum ini,” katanya jujur.
Nana Sheme mahu menjadikan platform Big Stage 2020 sebagai tempat menimba ilmu.
Tatkala
ditanya, sudahkah beliau bersedia menerima komen daripada juri tetap, Ajai,
Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah kerana ini adalah penyertaan pertamanya dalam
program realiti.
Kata Nana, beliau sudah bersedia untuk menerima sebarang komen atau kritikan termasuklah daripada Presiden Netizen yang terdiri darpada Michael Ang, Caprice dan Neelofa.
“Insya-Allah, Nana sudah bersedia untuk kena komen sebab sejak bergelar artis dah terima macam-macam jenis kritikan. Nana tahu apa yang dikomen oleh juri adalah untuk kebaikan Nana. Ini adalah masanya untuk timba pengalaman kerana waktu lagu Hantu Atau Buaya popular, Nana tak sempat belajar kerana ia berlaku dengan pantas. Bagi Nana, setiap peserta program ini adalah pesaing baharu,” katanya. - KitaReporters