Seni & Sukan 21 Apr, 2022

Video| Panas! Berbalas serangan dalam media sosial! Siapa kacau Aliff Syukri tu! Kelepuk Raya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



Nampak penyanyi lagu raya, Kelepuk Raya, Dato Seri Aliff Syukri telah memuat naik satu story dalam media sosial miliknya yang mendakwa ada orang cemburu dengan lagu raya beliau yang telah trending dalam YouTube selepas beberapa jam dilancarkan. 

Baru je reda isu penari dalam klip video beliau, kini timbul pula satu lagi isu melibatkan dirinya lagi. Fuhh, memang power la Dato. Tetap steady hadapi pelbagai isu melibatkan dirinya. Boleh jadi idola anak muda? 

King of Kontroversi in Malaysia? Or power dalam marketing? 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan story kontroversi



Bagi satu pihak lagi, beliau mendakwa bahawa lagu raya milik orang tersebut memang sudah ok dan boleh memeriahkan suasana hari raya tetapi dirosakkan oleh beberapa babak seperti visual "sotong kurita". Tu diaa, betul-betul marah ini.  Hehehe. 

Bagi beliau yang merupakan pengarah drama sememangnya agak kecewa kerana mungkin video raya beliau seperti ini akan menyebabkan lakonan watak lembut dalam television tidak dibenarkan lagi. Ada betul juga apa diperkatakan oleh beliau. 



Tidak cukup dengan posting itu, beliau memuat naik satu video pendek bagi menjawab posting Aliff Syukri yang mendakwa beliau cemburu dengan lagunya. 

"Sorry dato, wa tidak cemburu, mungkin wa baru setahun jagung masuk Islam tapi dato lahir-lahir sudah Melayu lahir-lahir sudah Islam mesti tahu apa boleh buat." 



Dengan loghat seperti Cina, apa yang dikatakan oleh beliau lembut je tetapi mesejnya sangat tajam seperti sembilu menusuk kalbu. 

Mungkin terasa dengan apa yang diperkatakan itu, Aliff Syukri telah komen dalam video tersebut dan dibalas kembali oleh pemilik akaun Instagram tersebut. 


Betul juga apa yang diperkatakan itu, patutnya Aliff Syukri lebih arif bab ini tambahan pula ini lagu raya. Tak kan nak tending sanggup langgar semua benda. 

Baru-baru ini teguran bonda beliau yang seakan-akan benci dan marah pada anaknya tu pun seperti strategi marketing dari mereka. Lepas teguran tu, klip video yang dilancarkan ternyata berlainan seperti mana beliau upload dalam Instagram miliknya.

Nampak Aliff Syukri bijak marketing (pemasaran) video raya beliau dengan palitkan kontroversi terlebih dahulu dan kemudian ubah sebelum memuat naik yang rasmi dalam YouTube. 

Apa pun kita mengharapkan kedua-kedua pihak akan berbaik dan tidak akan terus menyerang satu sama lain. Mana tahu lepas ini mereka akan berduet  dalam lagu terbaharu. Kan, siapa tahu? - KitaReporters


16
8
0
9
0
You will be interested