PU Riz beri lampu hijau untuk Neelofa kembali bergiat dalam bidang seni
SELEBRITI dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor, 33, akan kembali bergiat dalam bidang seni. Namun dia tidak akan berlakon, cukup sebagai pengacara rancangan bual bicara.
Itulah kegiatan seni yang bakal dijalankan oleh Neelofa selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti pengacara
Menurut Neelofa, terlibat sebagai pengacara rancangan bual bicara (talkshow) tidak memakan masa yang lama. Ia membolehkan dia tetap memberi perhatian terhadap anaknya.
Dia enggan menyerahkan tugas mengasuh Muhammad Bilal sepenuhnya kepada pembantu.
‘Lampu hijau’ sudah diberi suami, Haris Ismail (PU Riz), 28, yang memberi syarat, keutamaan harus diberi terhadap mengasuh anak.
Neelofa berkata demikian dalam majlis berbuka puasa bersama petugas media di Restoran Cili Kampung Hartamas,
Petaling Jaya, Selangor pada Khamis, 21 April 2022. Turut hadir PU Riz.
Menurut PU Riz, dia sudah berbincang dengan Neelofa mengenai perkara itu dan percaya isterinya dapat membawa imej agama dengan baik sepanjang berada dalam industri seni.
"Alhamdulillah, Lofa boleh ikut... pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah! Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat," kata Haris kepada petugas media.