Seni & Sukan 21 Mar, 2022

Video| Danial Chuer tunjuk taring! Mampu gugat Aisha Retno, Elica Paujin! Ajoi Zainal tersingkir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PERSEMBAHAN hebat yang ditampilkan oleh Danial Chuer pada separuh akhir Big Stage Musim ke-4 telah membolehkan beliau mendapat markah tertinggi iaitu 93.%, sekali gus memberi amaran pada peserta pilihan yang lain bahawa beliau mampu merampas kejuaraan musim 2022 ini. 

Pada separuh akhir, Danial menggunakan piano sebagai satu kelainan dalam persembahan ternyata berjaya memikat para juri dan tidak hairan kenapa beliau berada di kedudukan teratas kali ini.  

Malah persembahan beliau malam ini bolehkan dikatakan antara terbaik dari kesemua persembahan daripada peserta yang lain


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Big Stage



Lebih membanggakan juri tetap, Ajai juga memuji persembahan Danial Chuer dengan menyifatkan beliau mula tunjuk taring dan bijak menggunakan strategi dalam pertandingan seperti ini.  

Tambah Ajai, Danial berjaya memberi tekanan kepada peserta pilihan iaitu, Aisha Retno dan Elica Paujin dan pentas akhir nanti, siapa yang lakukan kesilapan sahaja yang akan memisahkan kejuaraan antara mereka. 



Daam pada itu, duet bersama Aisha Retno juga mendapat pujian daripada kesemua juri. 

Biarpun tema duet pada pusingan kedua, namun mereka berdua berjaya lakukan seperti persembahan bersama dan tidak nampak saling berlumba untuk tunjukkan siapa yang terbaik. 

Nampaknya Danial sudah mula beri saingan dan cuba gugat kedudukan teratas dari Aisha dan Elica. 




Sementara itu, Ajoi Zainal tidak berjaya ke pusingan akhir Big Stage Musim ke-4 setelah tersingkir pada separuh akhir malam tadi , Ahad, 20 Mac 2022 biarpun beliau berapa di kedudukan kelima  dengan jumlah markah 76.10%. 

Namun disebabkan undian 'online' atau peminat, Ajoi terpaksa akur dengan keputusan ini kerana undian peminat ternyata memberi markah yang sangat besar seperti mana ia berjaya menyelamatkan Tegar Septian daripada tersingkir biarpun berada di kedudukan terakhir.  - KitaReporters


Kredit : Astro Gempak

14
12
0
15
0
You will be interested