Seni & Sukan 11 Jun, 2020

Terbaik JDT! Fasiliti terbaik mampu hasilkan pemain terbaik!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

DI LUAR negara, perkara biasa jika kita melihat kemudahan seperti ini tetapi jika di Malaysia, ia sesuatu yang luar biasa dan boleh dikatakan tidak begitu banyak pasukan yang ada kemudahan fasiliti seperti ini. Kalau ada kelab mana ya!!! Fasiliti yang disediakan oleh pasukan dari selatan ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak atau pasukan. : KitaReporters



Sejak Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ambil alih pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), pelbagai anjakan paradigma yang boleh kita lihat dan ia semakin maju. 

JDT telah meletakkan satu 'standard' bola sepak di Malaysia ke arah lebih baik.

Malah mereka juga mempunyai stadium sendiri dan JDT juga pasukan kedua yang mempunyai stadium yang tidak ada track olahraga 



Mengenai kejayaan JDT, mungkin nanti kita akan kupas di lain waktu. Teruskan kekal setia bersama saya. 

Cewahh, macam siaran langsung di TV pula!!



Antara perubahan besar yang dilakukan adalah gaji pemain, kemudahan tempat latihan, dan banyak lagi. 


Ok baik... seperti TMJ pernah berkata dahulu, perkara paling penting adalah padang latihan kerana ia paling utama dilakukan demi keselesaan para pemain.

Padang adalah asas bagi sesebuah pasukan untuk berlatih. 

Kalau dah padang tak berapa ok ditambah pula kalau hujan seperti kerbau berkubang, sedikit sebanyak menganggu mental pasukan. 


Dilihat kejayaan JDT, kelab lain juga sedikit demi sedikit mula mengikut jejak JDT dalam menghasilkan fasiliti terbaik untuk kelab. 

Namun mereka dilihat lebih ghairah melakukan perubahan fasiliti lain berbanding keadaan padang, maka tidak hairanlah kenapa keadaan padang bola sepak di Malaysia masih berada di tahap itu.

Kredit foto: FB Johor Southern Tiger. 


Posting terbaharu dari Facebook rasmi Johor Southern Tiger memperlihatkan mereka kini terus berlari ke hadapan tanpa toleh ke belakang lagi apabila menyediakan pusat latihan untuk skuad junior JDT.

Fuhhh, memang awesome habislah pusat latihan macam ini.

Pemain pun semangat nak pergi latihan kalau keadaan macam ini.

Dari pasukan utama sampai ke pasukan junior, kemudahan yang disediakan oleh TMJ untuk skuad JDT memang berkelas dunia.

Kalau ditanya pemain di Malaysia ini, boleh dikatakan hampir semua mahu ke sana sebab apa? 

Bab Gaji, confirm la, mana ada isu gaji sangkut macam kelab lain. Kalau ada isu pun, itu isu lain yang sering terpalit oleh JDT. Ada juga isu bukan tak ada!!!! 

Selain gaji, fasiliti yang disediakan oleh TMJ ini seperti kelab dari luar negara, sebab itulah ia menjadi impian untuk pemain di Malaysia beralih ke selatan. 




Macam inilah majikan jaga pemain. Bab fasiliti, ketika ini JDT lebih baik. 

Itu memang fakta. 

Diharapkan dengan fasiliti ini dapat melahirkan lebih ramai ubi muda untuk skuad JDT pada masa akan datang.

Kita juga mengharapkan kelab lain akan ikut jejak JDT, baru meriah pusat latihan di Malaysia.

Jangan sembang orang yang jaga kelab itu orang kaya sebab kalau tak ada minat tetapi ada duit pun lingkup juga pasukan itu.

Yang penting adalah minat. Ya minat dan gerak kerja harus terbaik. Baru hasilnya meletup.

Tapi kalau jaga kelab sebab tak ada minat pun tak guna, kesian pada kelab tersebut dan paling sedih bab gaji akan sangkut.

Tak banyak duit bukan satu masalah besar tapi harus bijak dalam merancang serta menguruskan kelab. - KitaReporters

4
0
0
0
0
You will be interested