Seni & Sukan 07 Dec, 2020

Video| GV cipta kontroversi lagi! Semua tujuh mara ke final!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PROGRAM Gegar Vaganza (GV) terbitan Astro semakin pelik pengendaliannya. Sejak GV6, kepelikan mula muncul apabila juaranya diumum dua orang iaitu Hardy Mirza dan Naqiu. Kini kepelikannya semakin ketara dalam GV7. Kesemua tujuh peserta separuh akhir mara ke peringkat akhir! Lantaran, apa makna ada separuh akhir?? : KitaReporters 


Kesemua peserta peringkat separuh akhir mara ke peringkat akhir Gegar Vaganza 7. - Kredit foto: IG Astro Gempak


Lagi kisah-kisah berkaitan Gegar Vaganza:

https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza


Kepelikan mula kelihatan pada episod ketiga apabila diumum tiada penyingkiran kerana salah satu peserta, Yantzen tidak dapat muncul kerana sakit.

Kini kepelikannya semakin ketara apabila tiada penyingkiran dalam peringkat separuh akhir pada Ahad, 6 Disember 2020.

Ketujuh-tujuh peserta layak ke peringkat akhir pada 13 Disember 2020 nanti setelah Cliff Umar yang mendapat kedudukan terakhir dengan 55 markah yang kalah 0.1 markah kepada Noraniza Idris turut dipilih. 

Keputusan peringkat separuh akhir GV7

Penonton dapat menyaksikan pertarungan sengit ketujuh-rujuh peserta dalam memberikan pesembahan terbaik.

Oja dipilih sebagai juara peringkat separuh akhir setelah pernah muncul juara dalam episod ke-7. Dia membawakan lagu 'Biso Bonar' dengan berkesan.

Peringkat separuh akhir (minggu kesembilan) terlihat bagai pertandingan akhir. Memang sukar untuk menyingkirkan salah satu peserta. Keputusan untuk mengekalkan ketujuh-tujuh peserta hampir pasti tidak dibantah oleh penonton.

Memang dalam final GV peraturannya, jumlah peserta peringkat akhir enam orang tetapi boleh tujuh dalam keadaan tertentu. 


Oja menjuarai peringkat separuh akhir GV7.

Hanya dalam GV7 baru pertama kali jumlah peserta ke peringkat akhir dipilih tujuh orang.

Cuma dalam peringkat akhir setiap peserta perlu mengadakan tiga persembahan iaitu solo, berduet dengan bekas juara GV terdahulu, dan pertarungan (battle) sesama peserta.

Bagi bahagian duet dengan bekas juara GV masih tiada masalah. Ini kerana juara bersama GV6, Hardy dan Naqui boleh diundang.

Masalah besar adalah dalam bahagian ‘battle’. Keenam-enam peserta sudah diumum akan bertarung dengan siapa? 



Cliff Umar (atas) menduduki tempat terakhir setelah tewas 0.1 markah kepada Noraniza Idris.

Kini masalah ‘battle’  peserta markah terakhir Cliff Umar belum terurai. Dengan siapa Cliff Umar akan melakukan ‘battle’?

Adakah kemungkinan Cliff akan di ‘battle; dengan Yantzen yang tersingkir pada peringkat suku akhir atau dengan seorang penyanyi jemputan.

Astro akan memberi kenyataan  dalam waktu terdekat. Semoga ia keputusan yang baik tetapi tidak mencetuskan kontroversi lagi. - KitaReporters



Cliff Umar bernasib baik terpilih ke peringkat akhir walaupunn menduduki tangga terakhir.

0
0
0
1
0
You will be interested