NEW Zealand telah melakukan satu perkara pelik dan 'berani mati' bagi pandangan sesetengah negara orang berkulit putih, apabila pasukan polisnya memperkenalkan dan mengizinkan uniform berhijab bagi anggota perempuannya. Terbaiklah kerajaan New Zealand dan Perdana Menterinya, Jacinda Ardern. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan New Zealand:
https://kitareporters.com/search?search=New+Zealand
Pemakaian dan penciptaan uniform polis berhijab tersebut telah diperaga dan direka khas oleh anggotanya sendiri bernama Zeena Ali.
Antara tujuan utama pihak pengurusan tertinggi Polis New Zealand mengizinkan pemakaian uniform berhijab adalah untuk menggalakkan lagi lebih ramai perempuan Muslim berhijab untuk menyertai pasukan berkenaan.
Pegawai konstabel Zeena Ali berkenaan merupakan seorang anggota baharu dan akan menjadi pegawai pertama yang memakai tudung rasmi.
Seorang jurucakap mengatakan tujuan mereka itu adalah untuk mewujudkan perkhidmatan "inklusif" yang mencerminkan "masyarakat yang pelbagai" di negara ini.
Sebelum ini, beberapa pasukan lain seperti Metropolitan Police di London dan Police Scotland turut menawarkan pilihan untuk memakai tudung seragam buat anggotanya.
Di UK, Polis Metropolitan di London meluluskan jilbab seragam pada tahun 2006, manakala Polis Scotland menyusul untuk memperkenalkan idea tersebut pada tahun 2016.
Ia turut berlaku di Australia, apabila seorang anggota Victoria Police bernama Maha Sukkar telah diizinkan memakai jilbab bermula tahun 2004.
Menurut kenyataan BBC News, Polis New Zealand memberitahu bahawa usaha-usaha untuk mengembangkan jilbab untuk digunakan dalam pakaian seragamnya telah dimulakan sejak akhir tahun 2018 sebagai tindak balas kepada permintaan daripada kakitangan polis yang mengunjungi sekolah menengah.
Konstabel Ali adalah perekrut pertama yang memintanya (memakai hijab) sebagai pakaian seragamnya dan dijemput untuk mengambil bahagian dalam proses mengembangkan idea itu dengan lebih meluas.
Konstabel Ali, yang dilahirkan di Fiji dan berpindah ke New Zealand ketika masih kecil, mengatakan kepada New Zealand Herald bahawa dia memutuskan untuk bergabung dengan polis setelah serangan teroris di Masjid Christchurch pada Mac 2019.
"Saya menyedari lebih banyak wanita Muslim diperlukan dalam pasukan polis, untuk lebih ramai orang awam," katanya kepada BBC News.
"Rasanya senang dapat keluar dan menunjukkan tudung Polis New Zealand sebagai pakaian seragam saya," tambahnya.
"Saya rasa apabila melihatnya, lebih banyak wanita Muslim juga ingin bergabung," katanya dengan penuh rasa syukur dan bangga. - KitaReporters