Seni & Sukan 09 Dec, 2021

Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash! Bawa jemaah umrah ke Tanah Suci pada 20-29 Jan 2022!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Nash kini banyak terbabit dengan aktiviti dakwah bersama kumpulan tabligh. - Kredit foto IG@nashelias


AKHIR-AKHIR ini nama penyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu, Datuk Nash kembali menjadi bualan.

Maklumlah, sejak menyertai program Hijrahkan Laguku, nama beliau hangat diperkata sebab menjadi peserta pertama yang diumumkan sebagai Juara Persembahan Minggu pada 27 November lalu.

Mungkin sudah rezekinya, baru-baru ini vokalis kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias, 62, ditawar untuk mengetuai dan membawa jemaah umrah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Datuk Nash

Nash akan mengetuai Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash pada 20 hingga 29 Januari 2022. - Kredit foto: SM


Beliau telah menandatangani MOU dengan Islamictunes, sebuah platform digital yang menghimpunkan usahawan, pembuat, pencipta serta penggiat industri kreatif dan seni yang berfokus kepada Islamik bagi menjayakan Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash pada 8 Disember, baru-baru ini. 

Program tersebut diusahakan oleh syarikat A&M Berkat Travel Tours Sdn Bhd dan akan diketuai Datuk Radzi Mansor yang kini berada di Tanah Suci membawa rombongan umrah seramai 40 jemaah.

Berdasarkan program tersebut, Nash juga akan mengetuai dan membawa jemaah umrah ke Tanah Suci.

“Program umrah yang dianjurkan oleh Radzi telah bermula pada 1 Disember lalu, dan giliran saya pada 20 Januari tahun depan (2022),” kata Nash ketika ditemui pada majlis pelancaran gig@islamictunes.


Januari ini merupakan umrah yang keempat bagi Nash.


Nash turut menjelaskan bahawa beliau bukan duta kepada program tersebut tetapi hanyalah artis yang dijemput untuk membawa jemaah umrah

“Saya anggap ini adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepada saya dan alhamdulilah, saya sangat bersyukur,” katanya.

Ini merupakan umrah keempat buatnya dan Nash menyatakan beliau tidak risau menunaikan umrah ketika pandemik kerana telah mendapat vaksin.

“Saya telah mengambil vaksin dan saya yakin Arab Saudi akan periksa jemaah yang menunaikan umrah sama ada sudah lengkap vaksin ataupun tidak.

“Kita juga perlu ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) dan peraturan yang ditetapkan oleh Arab Saudi dan negara kita,” katanya.

Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash akan bermula pada 20 hingga 29 Januari 2022.

Mereka yang ingin mengikut Nash menunaikan umrah boleh berhubung terus Radzi melalui talian 017-7539106.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini, Nash berkata, beliau kini sibuk dengan pertandingan Hijrahkan Laguku yang telah berlangsung selama tiga minggu. - KitaReporters


Anggap membawa jemaah umrah adalah rezeki untuknya.

14
14
0
11
0
You will be interested