Gaya Hidup 09 Oct, 2021

Liga Sepak Takraw diperkenalkan kepada rakyat Amerika! Usaha sama All Sports dan Astro Arena!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Gambar hiasan: Foto WIkipedia.


BAGI rakyat di benua Asia, khususnya Asia Tenggara, sukan sepak takraw tentunya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand ‘takraw’.

Dan berita terbaharunya, sukan sepak takraw akan diperkenalkan kepada rakyat di Amerika Syarikat pula apabila All Sports Television Network (All Sports) mengumumkan kerjasama bersama stesen penyiaran televisyen Malaysia, Astro untuk menyiarkan kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) dalam saluran sukan Astro Arena.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sepak takraw



Melalui kerjasama itu, saluran televisyen berkenaan akan menyiarkan acara sukan sepak takraw meliputi kejohanan antarabangsa, kebangsaan dan juga serantau. All Sports akan turut menyiarkan perlawanan-perlawanan yang dianjurkan oleh badan persatuan ini di seluruh dunia. 

“Kami berasa gembira dan senang hati untuk memperkenalkan sukan sepak takraw kepada rakyat di Amerika Syarikat. Dengan menyiarkan perlawanan daripada sukan ini melengkapkan matlamat dan tujuan kami untuk membuka pintu dunia sukan sepak takraw kepada peminat di Amerika merasai pengalaman sukan ini dari setiap pelosok dunia,” ujar Presiden All Sports, Nell Smith

Sementara itu, Lee Choong Khay, Ketua Sukan Astro (gambar bawah) berkata, “kami sangat teruja apabila sukan yang hebat dan luar biasa ini selayaknya mendapat pengiktirafan ini untuk penyiaran antarabangsa. "



Menurutnya, Astro Arena yang telah menjadi tuan rumah menyiarkan sukan tempatan kegemaran ramai ini selama lapan musim berjaya menarik penonton dan penyertaan pada peringkat serantau.

Sejarah merekodkan, sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya pada peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. 

Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku antara wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai nama permainan ini. 

Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan sepak takraw, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.



Dalam pada itu, daripada satu laporan terbitan redbull.com, tahukah anda bahawa sudah wujud sebuah Persatuan Takraw Amerika Syarikat pada tahun 1996 di California.

Ditubuhkan oleh sekumpulan kecil pemain dengan keahlian kurang 10 orang, mereka bertungkus lumus mempromosi dan mentadbir sukan ini setelah sepak takraw mendapat liputan meluas dalam pelbagai media, termasuk Sports Illustrated, MTV dan CNN.

Dan semenjak itu, Amerika telah muncul sebagai salah sebuah pasukan akraw bukan Asia yang terbaik di dunia. Otai mereka ialah Tony Ontam yang telah meneraju kumpulan beregu lelaki dan menjulang kejayaan di Kejohanan Sepak Takraw King's Cup (Divisyen II) yang berprestij pada tahun 2016.



Persatuan Sepak Takraw Amerika Syarikat (USAST) itu berada pada ranking kedudukan ke-10 dunia di samping Persatuan Sepak Takraw Jerman (14), Persatuan Sepak Takraw Perancis (18), Persatuan Sepak Takraw Australia (23). Persatuan sepak Takraw Switzerland (21), manakala Persatuan Sepak Takraw Kanada yang ditubuhkan pada tahun 1993 masih tidak tersenarai.

Sementara itu, tahukah anda bahawa Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (International Sepak Takraw Federation atau ISTAF) - yang ditubuhkan pada tahun 1988 - telah berusaha keras untuk mempromosikan sukan sepak takraw  ke seluruh pelosok dunia? 

Ia merupakan impian dan objektif Persekutuan ini untuk menjadikan Takraw sebagai sukan antarabangsa pada satu hari nanti, dan untuk tujuan itu dicapai, sukan ini perlu dimainkan di sekurang-kurang 50 buah negara di dunia. - KitaReporters


10
17
0
9
0
You will be interested

Video| Drama selepas JDT tewas! Sesak nafas, tak jadi bogel! Sanusi tabur garam di atas luka!

"Dari Kedah ke Singapura, Singgah di KL membeli gula, Saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola." Pantun MB Kedah, Sanusi Md Nor kepada TMJ Tunku Ismail

Aron Koh terjemah perjuangan 18 tahun! Melalui buku Zoom In: The Untold of Malaysia Filmmaking!

Bagi Aron Koh, buku Zoom In: The Untold of Malaysia Filmmaking merupakan cetusan hati sulungnya selepas 18 tahun berkecimpung dalam industri perfileman tempatan
Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 14 hours ago

Video| Tak mahu dianggap asnaf! Bad Indigo segan terima bantuan! Mahu usaha sendiri selagi mampu!

Bad Indigo, 46, salah seorang anggota kumpulan Indigo masih enggan anggap diri sebagai asnaf kerana berpendapat lebih ramai alami hidup malang, lebih terdesak
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Ini macam pun ada! Tular wanita basuh tangan dalam tren! Kurang sopan, tak berdisiplin!

Tular video paparkan perangai tak senonoh seorang penumpang di dalam tren MRT yang dilihat basuh tangan sedangkan makan dan minum sama sekali tidak dibenarkan
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago

55 filem bersaing Festival Filem Malaysia 31! Rebut 28 katogeri utama! Ikut garis panduan, SOP!

Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) akan diteruskan dan saksikan penyertaan 55 filem cereka bagi rebut 28 kategori utama yang dipertandingkan untuk 4 bahasa
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago