Gaya Hidup 26 Sep, 2021

Video| Ben Utomo mahu Ghosting? Belum lagi! Sedang sibuk susun lagu untuk projeknya akan datang!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Jika dibaca pada judulnya, ‘Ghosting’ tentu ramai yang akan membayangkan lagu ini mempunyai aura seram apabila perkataan ‘ghost’ itu sendiri membawa konotasi hantu.

Tetapi itu bukan mesej yang mahu disampaikan kerana ‘ghosting’ bagi rapper Indonesia terkenal, Ben Utomo bererti menghilang secara tiba-tiba tanpa dikesan.

Perkataan itu, lazimnya dikaitkan dengan hubungan cinta atau pertemuan anak muda yang pasang surut. Dalam hubungan yang terjalin tiba-tiba salah seorangnya menghilangkan diri tanpa khabar berita dan tidak boleh dihubungi lagi.

Persamaannya ia seperti hantu yang menghilang secara tiba-tiba, menjadikan ‘ghosting’ sering kali digunakan pada hubungan cinta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ben Utomo


“Inspirasi untuk tema lagu ini sebenarnya adalah kisah cinta yang mungkin dialami ramai orang. Ketika kita merasa selesa dengan seseorang, tetapi orang itu sebenarnya bukan sahaja memberikan harapan palsu, malah menghilang begitu saja. Inilah intipati lagu ‘Ghosting’,” ujar Ben Utomo terhadap lagu berkenaan.

‘Ghosting’ merupakan single terbaharu Ben Utoma selepas melancarkan album ‘Indo Kid’ pada April 2021 lalu.

Dalam masa yang singkat sebelum berakhirnya suku ketiga 2021, Ben mengambil keputusan melancarkan single terbaharu yang bertemakan romantika itu.

Dan kelainannya, Ben berkolaborasi bersama rakan seperjuangannya, Benny Fasak dan Si Pattra bagi membantunya menyampaikan naratif dengan lebih berkesan.



“Lahirnya idea untuk membuat lagu ini timbul semasa kami sedang melepak bersama, Dari proses penulisan hingga penyusunan lagu hanya memakan masa sekitar satu jam kecuali proses mixing dan mastering yang memakan banyak masa sedikit,” kenang Ben.

Bercakap mengenai tajuk lagu yang juga merupakan istilah yang kini semakin kerap digunakan dalam kehidupan seharian, Ben menjelaskan, dalam bait pertama lagu, beliau bercerita tentang hubungan mesra dengan seorang wanita, tetapi tiba-tiba dia menghilangkan diri. 



“Semasa pada bait kedua, saya pula yang menghilang. Saya yakin ini adalah sesuatu yang mungkin biasa dialami ramai anak muda pada masa kini. Saya harap pendengar akan dapat mengaitkan perspektif cerita yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini,” tambahnya sambil memberitahu Benny dan Pattra bertindak sebagai penyanyi sementara beliau sebagai rapper.

Lagu tersebut yang disiapkan hanya dalam beberapa minit membuktikan bakat, etika kerja, dan kesungguhan Ben dalam kerjanya. 

Selaras dengan itu, Ben menjelaskan bahawa dia sedang sibuk menyusun lagu untuk projeknya akan datang, menampilkan beberapa bintang undangan yang  masih dirahsiakan identiti mereka, tetapi pasti akan menjadi sesuatu yang tidak kurang istimewa daripada “Ghosting" janjinya.

Buat masa ini, apa kata kita nikmati lagu dan kisah yang Ben Utomo persembahkan dalam "Ghosting" dalam semua platform muzik digital pilihan anda mahu pun di You Tube Ben Utomo. - KitaReporters


14
13
0
7
0
You will be interested

Final Piala Malaysia: JDT boleh menang! KL City boleh buat kejutan! - Khalid Jamlus, Ahmad Yusof

Di atas kertas, JDT pilihan untuk muncul juara pada final Piala Malaysia edisi ke-100 tapi KL City FC bukan budak-budak sekolah yang boleh diperkotak-katikkan

Video| Drama selepas JDT tewas! Sesak nafas, tak jadi bogel! Sanusi tabur garam di atas luka!

"Dari Kedah ke Singapura, Singgah di KL membeli gula, Saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola." Pantun MB Kedah, Sanusi Md Nor kepada TMJ Tunku Ismail
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 16 hours ago

Tahniah! KL City FC juara Piala Malaysia! Gaya asas, bertahan! JDT, Mora tiada Pelan B! - Shebby

Tahniah kepada KL City kerana menangi Piala Malaysia. Permainan yang asas dan mudah. Mereka bertahan secara beramai-ramai dan menyerang balas - Serbegeth Singh
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Wawa Zainal sakit bersalin 2 pagi! Tak sampai hati kejutkan Aeril! Tiba hospital 5 pagi!

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selamat menimang cahaya mata keempat pada 30 Nov 2021. Umum kelahiran bayi tanpa nyatakan jantina bayi tersebut
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 21 hours ago

Video| Separuh akhir Muzik Muzik 36 kedua dikuasai wanita! Kecuali Khai Bahar, pasangan duet!

10 buah lagu ke separuh akhir Muzik Muzik 36 (MM36) pusingan kedua yang diumumkan menjadikan hampir keseluruhannya dikuasai penyanyi wanita kecuali Khai Bahar
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago