Seni & Sukan 23 Jan, 2022

Video| Kasih seorang sahabat! Mila rai Heliza dan suami! Bizmilla Grand Ballroom Eco Sanctuary!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Heliza dan suami, Mahadi dirai di Bizmilla Grand Ballroom Eco Sanctuary, Selangor sebagai tanda kasih Mila Jirin terhadap sahabatnya itu. Foto: Ehsan Bizmilla Wedding Centre


BILA seseorang itu baik dan disenangi budi pekertinya, maka ramai yang sayang. Salah seorang insan yang disenangi ramai ialah Datin Seri Heliza Helmi, 36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38, beroleh rezeki terpijak apabila diraikan lagi dalam satu majlis persandingan malam Sabtu, 22 Januari 2022 lalu.

Kali ini pengantin baharu yang baru diijab kabul pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya diraikan dalam suasana meriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan


Majlis tersebut adalah hadiah daripada Mila Jirin sendiri sebagai teman baik pengantin perempuan sekali gus merangkap pemilik empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre.

Sebelum ini kita jarang mendengar berita tentang keakraban Mila dan Heliza yang masing-masing merupakan peserta program Akademi Fantasia (AF) musim kelima (AF5) dan Mila sebagai juara.

Ternyata hubungan mereka tidak putus begitu saja dan hingga kini masih berterusan. 

Justeru itu majlis berkenaan yang mengangkat tema 'Malam Islamik' itu turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan Mila dan Heliza.



Majlis itu juga ibarat reunion untuk peserta dan tenaga pengajar AF5.


Mila turut memuat naik video dalam laman Instagram miliknya sehari sebelum majlis berlangsung. Video tersebut merakam momen sewaktu Heliza menziarahinya ketika berada di hospital kerana denggi beberapa tahun lalu.

“Beberapa tahun lepas, saya dimasukkan ke hospital disebabkan denggi. Sewaktu di HCU Sunway Hospital memang Encik Suami tak benarkan saya pegang phone langsung dan minta saya betul-betul berehat disebabkan platelets drop secara mendadak dan doktor yang merawat juga sangat risau andai berlaku any bleeding... 

"Sewaktu Heliza tiba-tiba muncul saya sedang tidur, buka mata terus terkejut. 

"Eh...macam mana mu kat sini" ....Heliza seperti biasa dengan penuh kecerian ditemani adindanya @hazwanihelmi...Dikongsi doa-doa buat saya...Walaupun dapat saya lihat beliau penat saat itu baru sampai dari program diluar kota..."betapa kasih seorang sahabat kepada sahabatnya"

“Itu lah sahabat saya...yang sangat sering meraikan dan mendoakan sahabatnya yang lain... “Disebabkan saya sayang sahabat saya ini kerana Allah...Insya-Allah ada ‘Hadiah Istimewa’ buat sahabat saya @nurhelizahelmi dari saya dan @bizmilla_wedding_centre 

"Esok,  22.1.22. Sebuah hasrat yang dihajati semenjak 2019 istimewa buatmu ❤ Sahabat till jannah 15years and counting,” tulis Mila dalam Instagram.


Sebelum Mila merai Heliza dan suami, ada rakan lain juga turut mengadakan majlis yang sama untuk pasangan tersebut. 


Dek kerana ketulusan dan keikhlasan hati Heliza itulah Mila mengadakan majlis merai sahabatnya itu.

Bagi Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi, mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang sudah bertaut sejak AF5.

"Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh-sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.


Heliza mengaku tidak dapat menolak permintaan Mila yang sudah lama berhasrat untuk merainya apabila berkahwin.


“Siapa tak kenal Mila, tauke majlis kahwin sejak 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.

"Tapi dia bersungguh-sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya 'tewas'. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya. Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila," katanya.

Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.


Seringkali majlis untuk Heliza dan Mahadi diserikan dengan bacaan al-Qiram serta perkongsian ilmu.


"Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama-sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.

"Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.

"Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan al - Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah," katanya.

Pada majlis berlangsung, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam bagi wanita dan putih untuk lelaki.

"Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.

"Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya. Tapi saya meraikan cadangan itu," katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.

Apa yang dilakukan oleh Mila untuk Heliza demi persahabatan yang terbina sejak AF5 itu.


Mengintai sisi persahabatan dengan Mila, wanita berasal dari Terengganu itu bersyukur mereka dipertemukan.

"Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.

"Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklah berborak fasal zaman dan kenangan dulu," ceritanya.

Mengalih sisi hidupnya kini yang sudah hidup berkeluarga, Heliza yang mesra dengan panggilan Kakja berkata, beliau menerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.

"Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.

"Momen itu sepintas lalu saja tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing-masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.



"Saya jenis yang akan kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan," katanya.

Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Dee termasuklah perihal jodoh.

"Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami.

"Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul," katanya.

Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata-kata.

"Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.

"Dia... Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah-mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah," katanya.

Pengantin baharu melangkah masuk ke ballroom untuk bertemu dengan para tetamu.


Sementara itu, Abang Dee secara jujur menggambarkan jodohnya dengan isteri seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.

"Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Sampai berjanggut panjang saya tunggu jodoh ini.

"Ia satu penantian panjang yang terjawab dan berbaloi apabila berjodoh dengannya. Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri.

"Allah bagi jodoh sepertinya... Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati," katanya yang cukup tebal dengan loghat Utara. KitaReporters


Bagi Heliza, Mahadi adalah syurganya dan syukur dipertemukan dengan usahawan tersebut.

10
8
0
16
0
You will be interested