Seni & Sukan 12 May, 2021

Pasukan pemantau JAIP lakukan pemantauan mengejut! Masjid, surau diminta patuhi SOP solat raya!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

Kredit foto: FB Kerajaan Negeri Pahang


PASUKAN pemantau akan melakukan pemantauan secara mengejut pada bila-bila masa bagi memastikan surau dan masjid di seluruh negeri Pahang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika solat sunat Hari Raya Aidilfitri, pagi esok, Khamis 13 Mei 2021.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuantan berkata kegagalan mematuhi SOP boleh menyebabkan kebenaran menunaikan solat itu dibatalkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat

Pengarah JAIP, Datuk Dr Zulkiflie Ali


Ia termasuk jumlah jemaah melebihi kapasiti dan aktiviti seperti berkumpul sebelum dan selepas waktu solat sunat Aidilfitri. 

Katanya tindakan juga akan dikenakan terhadap mana-mana surau atau masjid serta jemaah yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan sehingga boleh menyebabkan berlakunya penularan disebabkan aktiviti sempena Hari Raya Aidilfitri. 

"Pihak surau dan masjid perlu mematuhi pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak JAIP dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) daripada semasa ke semasa," katanya.




Beliau berkata, takbir raya di surau atau masjid pula hanya dibenarkan pada malam raya sehingga jam 10 malam sahaja, manakala pada pagi raya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula 7.30 pagi.

Pada masa yang sama, katanya setiap jemaah hanya dibenarkan bersolat di kawasan kariah masing-masing dengan kehadiran jemaah ditentukan secara jemputan oleh pihak pentadbiran masjid dan surau.

"Jumlah jemaah pula dihadkan seramai 50 orang sahaja di masjid, manakala 20 orang di surau dengan jemaah berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas 75 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir. Solat sunat itu perlu diselesaikan pada 9.30 pagi," katanya.

Zulkifle berkata imam dan khatib luar dari Pahang sama sekali tidak dibenarkan, begitu juga dengan jamuan selepas solat.

Bagi solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah pula dibenarkan dalam kalangan isi rumah sahaja dan imam serta khatib bukan ahli keluarga tidak dibenarkan.

"Teks khutbah boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.mufti.pahang.gov.my," katanya.

Selain itu, takbir raya dari rumah ke rumah, ziarah Hari Raya Aidilfitri dan kubur juga tidak dibenarkan. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested