AMBOI!!... sejak bergelar bapa tunggal ni, makin laku Fizo Omar! Apa tidaknya siap ada yang sanggup bayar puluhan ribu ringgit semalaman asalkan dapat jadikan Fizo Omar sebagai peneman. Bukan auta tapi itulah kenyataan yang dilalui pelakon dan pengacara kacak ini. : KitaReporters
Fizo menerusi Instagramnya berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya daripada individu yang sanggup membayarnya RM25,000 semalaman untuk dijadikan peneman.
Menurut Fizo, dia percaya individu yang menyamar sebagai âsugar mummyâ itu sebenarnya adalah scammer (penipu).
âWow dapat job! RM25,000 satu malam. Bagaimanapun saya pasti ini adalah scammer.
"Ini bukan kali pertama saya dapat mesej macam ini melalui Instagram. Kadang-kadang tu terfikir juga, apakah niat mereka ini ya?
"Ada tu, siap minta nombor akaun nak pindahkan dulu kemudian baru jumpa depan-depan.
âBarang ârecondâ macam saya ini pun ada harga, kalau yang âbrand new' dan ladies pula tak tahulah berapakan?
âKedengaran pelikkan? Tapi benda ini wujud dalam
dunia nyata, bukan dalam drama je. Kadang-kadang apa yang terpapar di dalam
drama adalah gambaran sebenar apa yang berlaku dalam dunia sebenar.
âTak pe lah, yang penting #kitajagakita dan tak perlu
sibuk nak jaga orang lain kan kalau diri sendiri tak terjaga,â tulisnya.
Menurut netizen pula, individu atau scammer tersebut
menggunakan gambar wanita lain yang dipercayai seorang ahli perniagaan untuk
berselindung di sebalik akaun palsu.
Netizen mendakwa wajah wanita tersebut adalah pengasas sebuah produk kecantikan.
Macam-macam taktik digunakan untuk menipu.
Bukan sahaja golongan artis atau selebriti, kadang-kadang orang biasa juga terkena! Jadi, berhati-hatilah! - KitaReporters