Seni & Sukan 10 Apr, 2020

DEGIL TUL!! PKP DI BESUT, DUNGUN DIPERKETAT!!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Peningkatan kes disahkan positif COVID-19 yang dicatatkan berlaku dalam kalangan penduduk daerah Besut dan Dungun mendorong pihak Polis Terengganu mengambil tindakan tegas untuk memperketatkan lagi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kedua-dua daerah terbabit. : KitaReporters

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik membuat pemantauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Seberang Jertih, Teregganu pada 10 April 2020. 


Keadaan bertambah parah apabila penduduk dilihat degil tidak mematuhi PKP berikutan banyaknya kenderaan bergerak di jalan raya, meskipun pihak keselamatan mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR).

Ia dapat dilihat apabila netizen bertindak mengepos gambar kenderaan dalam Facebook Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) yang memperlihatkan ratusan kenderaan berderet di atas jalan raya di bandar Jertih.

Ribuan komen telah ditinggalkan dalam akaun Facebook AAJB itu yang mengecam sikap sesetengah penduduk Besut yang keluar menggunakan kenderaan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan seolah-olah seperti perantau balik kampung untuk menyambut hari raya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, berkata mulai Khamis, 9 April 2020, pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengetatkan kawalan pada SJR berikutan peningkatan kes dalam kalangan penduduk di dua daerah itu  yang disahkan positif COVID-19.

Katanya, peningkatan itu berpunca daripad kaitan dengan kluster tabligh.

"Kedua-dua daerah ini kini telah dikategorikan sebagai zon jingga,” katanya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik 

Beliau berkata, ketika ini seramai 156 anggota ditugaskan mengawal kawasan di daerah Dungun, yang meliputi tiga kampung iaitu Kampung Tok Kah, Kampung Teluk Lipat dan Kampung Sungai Buaya.

Malah katanya, pengunaan dron turut dilakukan bagi memantau lokasi-lokasi terbabit secara menyeluruh termasuk memberi amaran dan nasihat supaya orang ramai duduk di rumah.

Bagaimanapuan, katanya hanya daerah Hulu Terengganu kekal dalam dikategorikan zon hijau selain bebas sebarang kes tangkapan kerana melanggar arahan PKP.

Kenderaan di bandar Jertih dirakamkan pada Khamis 9 April 2020 seumpama musim kepulangan perantau untuk berhari raya di kampung.


Sementara itu, kompaun sebanyak RM1,000 akan mula dikenakan terhadap individu yang melanggar araha PKP bermula pada Khamis, 9 April 2020.

Pesalah PKP diberi masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun berkenaan, dan jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.

Antara komen netizen dalam Facebook Kumpulan Anak-Anak Jertih (AAJB) yang marah kepada pemilik-pemilik kenderaan yang berduyun-duyun keluar.


Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), sejumlah 101 kes COVIC-19 direkodkan di negeri ini pada Jumaat, 10 April 2020.

Grafik yang memaparkan kes COVID-19 di Terengganu pada Jumaat 10 April 2020


Daripada jumlah itu, tiga kes baharu dicatatkan masing-masing satu di daerah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun.

Manakala pecahan mengikut daerah pula daerah Dungun mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 33 kes diikuti Besut (32), Kuala Terengganu (17), Setiu (8), Kemaman(5), Kuala Nerus (4), Marang (2) manakala Hulu Terengganu (0). - KitaReporters

36
5
4
5
5
You will be interested