Seni & Sukan 06 Jan, 2022

Video| Michael Ang lancar single pertama! DSV kata semua benda nak caras! Netizen pula kata 2x5!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


MELANGKAH setapak lagi dalam bidang seni, penerbit dan pengarah, Michael Ang mengambil langkah berani dengan melancarkan single pertama berjudul Cinta Atau Propa pada 5 Januari 2022 baru-baru ini.

Lagu itu dilancarkan menerusi YouTube Indigital Music itu hasil ciptaan oleh Killa Driz hasil kerjasama dengan Hafiz Hamidun, dan video muzik lagu tersebut kini mendapat jumlah tontonan yang agak memberangsangkan sejak dilancarkan semalam, 5 Januari 2022.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Michael Ang



Dilihat daripada komen-komen netizen dalam media sosial, rata-ratanya memberi respons positif dan menyukai lagu tersebut kerana ‘cathcy’. Lebih menarik liriknya juga mempunyai makna tersirat. 

Selain YouTube, Michael Ang juga menggunakan platform media sosial lain seperti Instagram untuk mempromosikan single pertamanya itu.



Ramai juga yang memberikan respon positif terhadap single pertama Michael Ang.


Malah rakan-rakan artis turut membantu Michael Ang mempromosikan lagu tersebut.

Namun, dalam banyak-banyak komen dalam Instagram berkenaan single pertamanya, ada satu yang menarik perhatian iaitu komen daripada rakan baik pengarah dari Melaka ini iaitu Datuk Seri Vida (DSV) atau nama penuhnya Hasmiza Othman.



Komen DSV tersebut telah mengundang kecaman daripada netizen. Sebagai rakan baik, DSV sepatutnya menyokong sepenuhnya tetapi komennya berbau sindiran dan rasa dengki.

“Tiba-tiba jadi penyanyi pula? Semua benda nak ‘caras’. Jadi pengarah sudahlah. Duit dah banyak. Bagilah peluang orang lain cari makan,” tulisnya dalam ruangan komen.



Komen daripada DSV membuatkan netizen panas!


Komen tersebut mula mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Ada yang mengatakan kedua-duanya sama sahaja perangainya

Malah, ada yang mendakwa ia sebenarnya hanyalah gimik memandangkan mereka berdua kawan rapat.


Menurut netizen, DSV dan Michael Ang sama sahaja sukakan perhatian.


Jadi, adakah anda sudah mendengar lagunya? Apa pendapat anda? Bagi penulis, tolak ke tepi mutu suaranya dan dengar pada melodi serta liriknya, ia adalah sebuah lagu yang sedap dan ‘catchy’. 

Jom kita dengar ramai-ramai. - KitaReporters


17
12
0
14
0
You will be interested