Gaya Hidup 25 Aug, 2021

Formula Malaysia Berbudi & Penyayang! Sertai Malaysia #QuranHour 30 Ogos 2021! 12:00-1:00 tgh!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


TANGGAL 30 Ogos 2021 ini, Malaysia #QuranHour tahun ke-7 bertemakan “Formula Malaysia Berbudi & Penyayang” akan diteruskan dengan kerjasama dan sokongan rakan Sinergi Media Malaysia sempena sambutan Hari kebangsaan (Hari Kemerdekaan) ke-64

Untuk menjayakan program berinteraksi dengan al-Quran tersebut, pelbagai pihak media dalam bidang percetakan, penyiaran, digital dan media sosial bergabung dengan menyertai Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, pada 18 Ogos 2021 lalu.  

Antara rakan sinergi media adalah TV AlHijrah, RTM, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV, Sinar Harian, Nu Ideativ, IKIMfm, News Straits Times Press (NSTP) dan Denaihati.com. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan QuranHour


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, agenda berinteraksi dengan al-Quran tahun ini sempena Hari Kemerdekaan membawakan formula untuk menyembuh dan merawat Malaysia dengan solusi daripada Ilahi iaitu, Surah Al-Mulk dan juga tujuh Surah Musabbihat

“Dengan kemelut politik hari ini dan suasana pandemik yang bagaikan tiada berpenghujung, ramai yang terkesan sehingga menjadi cabaran bagi mengesahkan pelaksanaan Malaysia #QuranHour pada peringkat kementerian, dalam dan luar negara.  



“Namun, kami optimis dan berharap bantuan Allah untuk menjadikan Surah Al-Mulk dan tujuh Surah Musabbihat sebagai momentum kepada semua rumah, sekolah, universiti, organisasi, komuniti, pemimpin dan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara ke arah lebih baik. 

“Seruan berinteraksi dengan al-Quran kali ini, kami sasarkan kepada golongan pemimpin dan ibu bapa untuk mengajak keluarga meluangkan masa sejam pada 30 Ogos (2021) ini, pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, untuk ikuti secara langsung dari TV AlHijrah

“Kita doakan negara tercinta, Malaysia, para pemimpin dan rakyat agar hentikan persengketaan, seterusnya memfokuskan perkara lebih utama dan penting, iaitu sentiasa berzikir kepada Allah dan bina karakter diri serta negara melalui solat.  

"Kedua-dua formula ini diharapkan menjadi solusi kepada permasalahan yang sedang kita hadapi, Insya-Allah,” kata Marhaini dalam satu kenyataan pada 18 Ogos 2021 lalu.

Beliau menambah, fokus pelaksanaan 1 jam bersama al-Quran semasa Malaysia #QuranHour digalakkan diadakan di rumah bersama keluarga masing-masing. Ini merupakan agenda menghidupkan rumah dengan al-Quran sebagai visi Masuk Syurga Sekeluarga.  



Pelaksanaan Malaysia #QuranHour ini merupakan tahun kedua diadakan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19.  

Sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada Mac 2020, program berinteraksi dengan al-Quran ini dibawakan siaran secara langsung dari Studio TV AlHijrah ke seluruh negara.  

Astro Oasis menjadi penyiar utama World #QuranHour 1442H dari lokasi perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 6 Mei 2021. 

Pelaksanaan Malaysia #QuranHour secara fizikal dihentikan kecuali ada organisasi yang mengadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran yang terhad bagi menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) di dalam dan luar negara. 

Malaysia #QuranHour di bawah naung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi termasuk TV AlHijrah, RTM, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV, Sinar Harian, Nu Ideativ, IKIMfm, News Straits Times Press (NSTP), Zayan FM, Denaihati.com, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Jangan terlalu seronok! Dapat lebih RM12j, filem Mat Kilau belum dapat balik modal! Kenapa?

Mawi keluarkan butir kutipan yang perlihatkan hasil kutipan tiket lebih untungkan pemilik pawagam. Selain itu, menurut Mawi, sesebuah filem dikenakan cukai 25%

Video| Ke laut! Rosak lagu Tiara! Sedap ketika rekod tapi lain pula jadinya apabila nyanyi live!

Ketika rekod kedengaran sedap namun bila nyanyi live di depan penonton terus ke laut kedengarannya. Itu yang terjadi kepada penyanyi muda Indonesia, Raffa Affar
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Hebat dan berani! Petani berjaya tangkap buaya ganas 1 tan! Hanya guna tali nilon sahaja!

Petani, Pak Usman, 53, dari Desa Ambuau Indah, Buton, Sulawesi gunakan beberapa utas tali nilon sahaja dan berjaya tangkap seekor buaya seberat hampir satu tan
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 10 hours ago

Ni M Daud Kilau bukan Mat Kilau! Jiwa seninya masih kuat, membara! Rindu buat persembahan pentas!

Rindu nak kembali adakan persembahan. Saya rindu nak ke pentas, saya rindukan peminat, baju labuci saya. Lima tahun hidap penyakit kencing manis - M Daud Kilau
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Semoga segera sembuh! Ronnie Hussein kemalangan basikal! Kena 6 jahitan pada dahi, pipi!

Penyanyi Ronnie Hussein terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal berhampiran Puteri Harbour, Johor Bharu dan terima 6 jahitan pada bahagian dahi dan pipinya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago