Seni & Sukan 02 Sep, 2021

Iya! Ini Zul Ariff bukan Zul Ariffin tau! Pilih Mimifly jadi teman! Intim, menyentuh perasaan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Nama penyanyi ni Zul Ariff. Jangan salah sangka bukan pelakon popular Zul Ariffin tu tau tetapi pendatang baharu yang mahu mewarnai persada muzik tempatan walaupun pada situasi pandemik yang sukar ini.

Keputusannya meneruskan langkah melancarkan lagu keduanya, ‘Iya’  pada 27 Ogos 2021 lalu dalam tempoh singkat selepas lagu pertamanya ‘Saat Aku’ tidak begitu mendapat sambutan hangat pada Mac 2021 lalu merupakan satu pertaruhan berani.

Bezanya kali ini pemilik nama penuh, Ahmad Zul Arif Ismail, 33, ini mempelawa ahli kumpulan One Nation Emcees, rapper Mimifly atau nama penuhnya Shamimi Amalina Norhisham, 34, penyanyi yang tidak asing lagi dengan gaya nyanyian dan persembahan memukau, sebagai rakan duetnya.



Kolaborasi itu tercetus sejajar dengan lagu ‘Iya’ yang menceritakan kisah sepasang insan bercinta yang ingin membina rumah tangga bersama. 

“Iya” dalam konteks lagu ini ialah jawapan pihak wanita menerima lamaran daripada pihak lelaki. 

Mendapat sentuhan magis daripada komposer berpengalaman seperti Shazee Ishak dan Audi Mok, manakala mereka juga turut menulis liriknya dengan kerjasama Mimifly, lagu ‘Iya’ terhasil daripada idea Zul Ariff yang mahukan sebuah lagu berkonsep perkahwinan.



“Cerita di sebalik lagu “Iya” bermula dengan satu idea di mana kami ingin membuat sebuah lagu yang sesuai digunakan sebagai “wedding song”, tetapi dengan gaya dan warna nada yang lebih moden,” Zul Ariff membayangkan.

Tambahnya, jalan cerita lagu tersebut agak intim dan menyentuh perasaan. Contohnya, rasa gementar si lelaki sebelum melamar si wanita.

Wow! Romantis juga bayangan penyanyi dan pencipta lagu berasal Melaka ini ya.



“Lirik lagu ini juga mencerita kegembiraan kedua-dua pihak kerana telah berjumpa dengan “soulmate” masing-masing. Biarpun cara penerbitan dan bunyi-bunyian yang digunakan dalam lagu ini moden, pendengar masih dapat mendengar dan merasai emosi dan ”jiwang” dari melodi dan liriknya,” sambung Zul.

Jelasnya lagi, untuk lagu tersebut beliau sengaja menyatukan bunyi-bunyian seperti alatan strings bersama alatan synthesizers serta bunyian elektronik yang lain untuk memberi pendengar sesuatu pengalaman baharu, moden dan segar.

“Saya harap agar lagu ini sedikit sebanyak dapat mengiburkan dan mengubati hati sesiapa yang mendengarnya,“ Zul menaruh harapan.

Lagu “Iya” sudah boleh didengari dalam semua pelantar digital striming sementara lirik videonya  juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube Warner Music Malaysia. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested