Seni & Sukan 26 Sep, 2024

Video: Doakan yang baik-baik buat kami! Fattah Amin enggan cerai! Peminat berharap Fazura kembali!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Krisis rumah tangga dua pelakon popular Fattah Amin dan Fazura terus mendapat perhatian ramai setelah Fazura mengemukakan tuntutan cerai pada 13 September 2024.

Pelbagai anggapan dibuat ekoran tindakan itu dan ramai peminat kedua-duanya berharap ikatan perkahwinan mereka tidak akan terlerai dan boleh diselamatkan.

Pelakon popular Fattah Amin masih berharap rumah tangga dengan Fazura atau nama penuhnya Fazura Sharifuddin, 40, dapat diselamat walaupun kini nampaknya sudah di hujung tanduk. 

Postingan terbahaeu Fattah dalam IGnya

Perasaan kasih dan sayang Fattah terhadap Fazura masih utuh dengan dibukti melalui kiriman terbaharu dalam Instagram Fattah. 

Selain memuatkan gambar bertiga terbaharu mereka dan memberi catatan: ā€œDoakan yang baik-baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two. šŸ’™ #lastpicturetaken

@fattzuralovelifeā€. 

Antara gambar bersama Farrah masih termuat dalam IG MissFazura


Sementara Fazura walaupun tidak mencatat apa-apa dalam Instagramnya @missfazura, namun masih mengekalkan gambar-gambar bersama Fattah.

Ini seperti memberi erti Fazura masih tidak menolak sepenuhnya Fattah daripada hidupnya.

Para peminat kedua-dua pelakon popular itu berharap Fattah dan Fazura kembali berbaik. Buang yang keruh ambil yang jernih. 



Justeru Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, enggan melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di Subang Bestari pada Rabu, 25 September 2024 dan berharap isterinya dapat menarik semula permohonan cerai.

Dia masih mempunyai perasan sayang terhadap Fazura dan berharap rumah tangganya kembali utuh dan dapat membesarkan anak mereka Nur Fatima Aisya, 4, secara  bersama.


Dia yakin ada sinar untuk menyelamatkan rumah tangga. Fattah berkata demikian kepada petugas media selepas kes mahkamah berlangsung.

Namun Fazura enggan memberi komen untuk menarik balik permohonan cerai yang sudah diserah ke mahkamah syariah pada 13 September 2024.

Fazura datang ke mahkamah dengan dikawal sejumlah pengawal keselamatan


Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Keputusan ditunda ke 7 Oktober 2024 dan ini membolehkan Fazura dipujuk dan menukar fikiran.

Dan ia bagi memberi peluang kepada Fattah untuk memuktamadkan terma-terma penyelesaian secara baik.


Fattah berwajah sayu meninggalkan pekarangan mahkamah


Sejak berkahwin pada 27 November 2017, rumah tangga mereka diketahui bahagia sehinggalah Fazura yang enam tahun lebih tua daripadad Fattah baru-baru ini menfailkan  cerai.

Kita berharap ada khabar baik akan hubungan mereka. Kita tidak mahu mendengar berita tidak baik dalam kalangan insan seni. - KitaReporters


9
16
0
6
0
You will be interested