Seni & Sukan 29 Jul, 2022

Video| Mak oii! Terkezut den! Seronok layan perasaan, tiba-tiba monyet datang rentap aiskrim McD!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SIAPA yang tidak menyukai ketenangan semasa berada di pantai dengan deruman ombak dan angin yang sepoi-sepoi lagi-lagi jika berseorangan?

Bagitu juga dengan seorang gadis yang dilihat sedang menikmati ketenangan di tepi pantai sambil menikmati aiskrim McDonald's yang sangat enak.

Namun lain jadinya apabila khusyuk melayan suasana pantai, tiba-tiba muncul seekor monyet yang dilihat merampas aiskrim yang dibawanya itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan monyet-monyet



Oleh sebab itu, video gadis ini telah tular dalam TikTok sehingga menjadi perhatian ramai orang.

Rata-rata netizen yang melihat video ini menunjukkan pelbagai reaksi apabila seekor monyet menghampiri dan dengan selamba merampas aiskrim daripada gadis tersebut

Lepas ini nak menghayati pantai tu kenalah tengok kiri kanan jugak sebab ada yang memerhati dan cemburu. - KitaReporters



9
13
0
6
0
You will be interested